Tidak Kisah Asalkan Berbayar, Bapa Ini Tergamak ‘Jual’ Anak Sendiri Kepada 30 Orang Rakan Pedofilia

Seorang remaja perempuan berusia 12 tahun terpaksa mengharung detik kejam apabila dia ‘disewakan’ oleh bapanya kepada kira-kira 30 orang pedofilia dalam satu kejadian terbaru yang menggemparkan India.

Segalanya terbongkar selepas jirannya menyedari perubahan sikap mangsa dan merujuk kepada seorang kaunselor. Dalam tempoh empat jam, gadis malang yang berasal dari selatan India itu mula membuka mulut dan menceritakan pengalaman ngerinya menjadi hamba seks kepada rakan bapa sendiri.

Menurut mangsa, dia telah diperkosa lebih 30 orang lelaki yang kesemuanya merupakan kenalan bapanya. Kesemua pedofil tersebut dikatakan telah membayar sejumlah wang kepada orang tuanya itu supaya boleh menidurinya.

Lebih mengejutkan apabila gadis itu mendedahkan insiden rogol tersebut sudah berlaku semenjak dua tahun yang lalu di mana setiap minggu dia akan ‘disewakan’ kepada kenalan bapanya yang mempunyai nafsu terhadap kanak-kanak.

Difahamkan, bapanya akan menelefon rakan-rakannya untuk mengambil tempahan supaya mereka boleh ‘menyewa’ mangsa. Apabila pelanggan terbabit sudah tiba di rumah mereka, ibu mangsa yang turut bersubahat akan membawa gadis berkenaan ke sebuah bilik. Remaja malang terbabit kemudiannya akan dirogol bergilir-gilir dan gambarnya akan dirakam si pelaku.

Menurut laporan, empat orang lelaki termasuk bapa durjana terbabit kini sudah ditahan pihak polis dan dituduh atas kesalahan merogol, gangguan seksual dan mengeksploitasi kanak-kanak untuk tujuan pornografi.

Polis India sudah menunjukkan gambar 25 orang lelaki yang merupakan kenalan rapat keluarga kepada mangsa untuk pengecaman. Walau bagaimanapun, remaja yang masih lagi trauma dek penderaan yang dialaminya tidak mampu untuk mengenali mana-mana rakan bapanya itu sebagai perogolnya.

“Saya tidak dapat mengingati mana-mana wajah mereka. Ia semua terlalu samar-samar,” ujar mangsa.

Menurut remaja itu lagi, penderaan seksual yang berlaku ke atasnya bermula sebagai satu jenaka yang dibuat ketika mabuk. Seorang rakan bapanya akan mengusiknya sebelum meraba bahagian sulit mangsa di hadapan ibu bapanya.

“Haid saya pernah tidak datang selama tiga bulan. Ibu bapa saya segera membawa saya berjumpa doktor yang memjalankan ujian ultrabunyi pada saya sebelum memberikan ubat.”

Difahamkan, ibu mangsa juga berkemungkinan menjadi mangsa eksploitasi suami sendiri namun disebabkan dia menolak, mangsa seterusnya adalah anak gadis pasangan tersebut yang berusia belasan tahun.

Tambah menyedihkan apabila ibu mangsa langsung tidak bersimpati terhadap nasib yang menimpa anaknya. Wanita itu mendakwa mangsa hanya mereka cerita perihal dia dirogol kerana mahu membalas dendam kepada ibu bapanya selepas bergaduh besar.

Menurut laporan, mangsa kini ditempatkan di sebuah rumah perlindungan sementara bapanya menunggu hari perbicaraan di mahkamah.

Kejadian yang menimpa gadis malang ini berlaku hanya seminggu selepas seorang wanita yang mendakwa dirinya dibakar hidup-hidup ketika dalam perjalanan ke mahkamah untuk menghadiri perbicaraan kes rogolnya sendiri. Perempuan tersebut bagaimanapun dilaporkan sudah meninggal dunia.

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca