Tidak Kenal Erti Putus Asa, Anjing Ini Setia Menunggu Tuannya Yang Telah Meninggal Dunia

Benarlah apa yang diperkatakan selama ini di mana apabila kita berbuat baik terhadap haiwan, ia akan mengingati kita sampai bila-bila.

Apa yang bakal kami kongsikan ini boleh buat hati anda bertukar menjadi tisu. Jadi, anda disarankan untuk tidak membaca kisah ini di depan orang ramai melainkan anda tidak kisah tangisan anda dilihat oleh orang sekeliling.

Haiwan bernama anjing memang dikenali sebagai haiwan yang sangat setia. Seekor anjing ini enggan meninggalkan lokasi tuannya menghembuskan nafas terakhir sejak hampir dua tahun lalu. Pemilik anjing tersebut iaitu Harris dipercayai meninggal dunia di situ akibat dilanggar pada 9 November 2017.

Sejak dari tarikh itu, anjing berkenaan terus setia berada di lokasi tersebut. Sebelum ini, beberapa orang di kawasan itu cuba untuk mengambilnya untuk dibela, namun anjing berkenaan tetap akan kembali ke tempat tersebut iaitu di tepi jalan raya.

Meskipun puas dipujuk oleh para penduduk, anjing berwarna putih itu tetap berkeras untuk ‘menziarahi’ tempat berkenaan.

Akhirnya, penduduk-penduduk di kawasan berkenaan memperoleh kata sepakat untuk membina sebuah rumah di lokasi tersebut buat anjing itu demi menjamin keselesaannya. Mereka juga turut menyediakan makanan dan minuman supaya anjing itu tidak kelaparan.

Rata-rata yang mendengar kisah ini membandingkan ia dengan Hachiko iaitu seekor anjing setia yang menunggu tuannya pulang bekerja setiap hari di Stesen Kereta Api Shibuya, Tokyo setelah dia meninggal dunia pada tahun 1925.

Hachiko akan berada di situ setiap hari tanpa mengenal erti putus asa sehinggalah ia mati sepuluh tahun kemudian.

Bagi mengingati kesetiaan anjing itu, arca Hachiko telah dibina di hadapan stesen tersebut.

Haiwan yang tiada akal pun pandai setia, kenapa manusia yang dikurniakan dengan akal seolah-olah tidak pernah kenal erti setia?

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca