Search
Close this search box.

Tidak Jaga Penjarakan Sosial Dan Pakai Pelitup Muka, Presiden Brazil Disahkan Positif COVID-19

Presiden Brazil iaitu Jair Bolsonaro telah disahkan positif wabak COVID-19 selepas berbulan-bulan bertungkus lumus bagi menangani pandemik yang melanda negara berkenaan.

Keputusan ujian COVID-19 itu diumumkan menerusi satu wawancara secara langsung di CNN Brazil oleh Bolsonaro sendiri.

“Saya baik-baik saja,” kata Bolsonaro dalam wawancara itu.

Sumber: NST

Pada masa yang sama, Bolsonaro memberitahu bahawa dia kini sedang mengambil hydroxichloroquine iaitu ubat anti-malaria meskipun penggunaannya tidak digalakkan oleh majoriti pakar kesihatan di serata dunia memandangkan ia dikatakan boleh membawa kesan sampingan yang berbahaya.

Menurut presiden yang berusia 65 tahun itu, virus yang setakat ini telah meragut lebih 540,000 nyawa di seluruh dunia itu menjangkitinya selepas dia berulang kali tidak mematuhi nasihat untuk menjaga penjarakan sosial dan memakai pelitup muka. Difahamkan, Bolsonaro pada mulanya mengalami simptom selesema sebelum disahkan positif wabak berkenaan.

Sumber: Insider

Untuk rekod, Brazil telah menjadi negara tumpuan COVID-19 bagi seluruh dunia kerana ia mencatat kurang 65,000 kes kematian berbanding Amerika Syarikat dan lebih daripada 1.62 juta kes positif.

Sumber: Bloomberg

Sebelum ini, Bolsonaro memecat Luiz Henrique Mandetta yang ketika itu merupakan Menteri Kesihatan berikutan pertikaian mengenai langkah pencegahan berhubung pandemik COVID-19 dan jawatan tersebut kini dipikul sementara oleh Ketua Interim.

Untuk baca artikel-artikel lain berkenaan penularan wabak COVID-19, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca