Tidak Hiraukan Kes COVID-19 Yang Semakin Meningkat, Ribuan Pengunjung Bersesak Di Pusat Akuarium Wuhan

Penularan wabak COVID-19 yang berlaku di seluruh dunia masih berada di tahap yang membimbangkan.

Walau bagaimanapun, beberapa hari lepas, sebuah Pusat Akuarium di Wuhan telah membuka semula operasinya secara percuma kepada orang ramai. Kesannya, para pelancong mulai menyerbu pusat akuarium tersebut.

Tarikan luar biasa pelancong ke tempat ini adalah kerana tiada bayaran masuk dikenakan. Hal ini telah menyebabkan orang ramai tidak ingin melepaskan peluang untuk melawat ke pusat akuarium berkenaan.

Beberapa keping gambar telah tular di media sosial yang memperlihatkan pengunjung melanggar peraturan penjarakkan sosial.

Apa yang lebih membimbangkan adalah kawasan tersebut merupakan tempat di mana virus COVID-19 ini mulai tersebar ke seluruh dunia.

Menurut pihak berkuasa Wuhan, lokasi tumpuan pelancong telah meningkat lebih tinggi dalam masa sehari kerana lebih kurang 400 destinasi pelancongan telah pun ‘menghapuskan’ bayaran tiket masuk.

Tempat yang dikenali sebagai The Wuhan Polar Ocean Park itu merupakan tempat kelima terbesar tarikan pelancong di Wuhan. Pusat akuatik itu memaparkan dan mempamerkan kehidupan laut artik.

Untuk rekod, sebelum ini Wuhan mencatakan lebih daripada 50,000 kes positif dan hampir 4,000 kematian semasa menjalankan perintah kawalan pergerakan selama berbulan-bulan sebelum mereka beransur-ansur untuk membuka kembali perniagaan dan tempat pelancongan.

Dalam pada itu, seluruh team Lejen Digital ingin mengambil kesempatan ini untuk menyeru orang ramai agar mematuhi SOP yang telah ditetapkan kerajaan bagi membendung penularan virus COVID-19. Untuk baca artikel-artikel lain berkaitan COVID-19, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca