Siapa sahaja yang tidak kenal BTS? Baru-baru ini, tindakan seorang lelaki memuat naik foto jenaka yang melabel peminat kumpulan K-Pop tersebut iaitu Army sebagai gadis IQ rendah mengundang reaksi yang tidak menyenangkan daripada warganet.
Walaupun begitu, para peminat yang lebih terkenal dengan julukan BTS Army itu sebenarnya sudah mencipta pelbagai akaun di laman Twitter untuk membantu peminat lain dalam pelajaran mereka!
ARMY Academy purples you! We provide free academic tutoring to every ARMY who needs it. We want you to achieve your goals by sharing you knowledge and support 💜
Thank you!
Read below • Lee debajo • Basahin sa ibaba • Baca dibawah • Lire ci dessous • 아래를 읽어주세요 pic.twitter.com/FqnmrXwEXT
— ARMY Academy⁷ | Student Tutoring (@armyacademics) July 20, 2018
Dikatakan bahawa para pelajar boleh ikuti akaun khusus untuk mempelajari pelbagai mata pelajaran seperti Matematik, Sains, Biologi, Sains Sosial dan Sains Komputer, Seni Visual serta Bahasa.
Akaun tersebut turut menggalakkan lebih banyak penyertaan secara sukarela untuk menjadi tutor. Dalam pada itu, pelajar hanya perlu menggunakan direct message untuk berkomunikasi dengan para tutor.
Sebelum itu, mereka perlu mendapatkan tutor masing-masing terlebih dahulu dengan mendaftarkan diri di Google Forms.
Selain itu, para pelajar yang berjaya menamatkan pengajian mereka akan menerima sijil sebagai tanda penghargaan daripada pihak tutor.
Seterusnya, para pelajar juga akan menerima laporan kemajuan selepas menamatkan pengajian di akademi tersebut.
Menarik, bukan?
Penulis
- Nurul Najwa Ismail adalah pelajar Fakulti Filem, Teater dan Animasi.
- Dr. Mohd Syuhaidi Abu Bakar adalah Timbalan Dekan Penyelidikan dan Jalinan Industri, Fakulti Filem, Teater dan Animasi.