Tidak Dimaklum Tentang Tema Kostum Dibatalkan, Gadis ‘Shrek’ Ini Jadi Bahan Jenaka Sepanjang Malam

Seorang wanita di Birmingham, United Kingdom tidak semena-mena menjadi bahan jenaka selepas hadir ke sebuah parti dengan mengenakan kostum seperti watak kartun Shrek.

Difahamkan, parti itu pada mulanya memang bertemakan kostum. Namun begitu, wanita yang dikenali sebagai Zoe Guest itu tidak diberitahu bahawa tema tersebut dibatalkan.

Wajah Zoe sudah tentu sekali kelihatan merah padam sebaik sahaja mendapati hanya dia seorang yang berkostum, tetapi cat warna hijau yang tebal berjaya menyembunyikannya.

Perubahan tema itu berlaku selepas salah seorang rakannya berdepan dengan masalah kostum Spiderman. Oleh itu, dia meminta agar tema tersebut dibatalkan.

Malang tidak berbau apabila tiada seorang pun yang memaklumkan perubahan itu kepada Zoe kerana dia begitu bersungguh-sungguh berpakaian mengikut tema.

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca