Tidak Cukup Makanan Di Rumah, Wanita Ini Sanggup Bakar Bilik Tidur Bapa

Seorang wanita di Willingham, Cambridgeshire, United Kingdom tergamak membakar bilik tidur bapanya kerana lapar dan tidak mempunyai makanan yang mencukupi di rumah.

Memetik laporan Daily Star, wanita berusia 20 tahun itu menghubungi bapanya yang sedang berada di tempat kerja untuk mengadu bahawa mereka tidak mempunyai makanan yang cukup di rumah pada hari kejadian.

Wanita yang dikenali sebagai Farha Bushra itu kemudiannya meminta bapanya untuk keluar membeli makanan tetapi lelaki itu menegaskan bahawa dia perlu membeli makanannya sendiri.

Dengan nada yang marah, Farha memberitahu bapanya bahawa dia akan membakar rumah tersebut. Beberapa minit kemudian, Farha menghubungi bapanya semula dan berkata bahawa api itu sudah berada di luar kawalan selepas menggunakan tisu dan kotak kadbod untuk menyalakan api.

Sumber: Daily Star

Sebelum anggota bomba sempat memadamkan api di bilik tidur bapanya, api tersebut telah merebak ke bahagian rumah yang lain dan ia telah menyebabkan kerosakan yang besar.

Pada 28 April di tempat kejadian, Farha telah membuat pengakuan kepada anggota bomba bahawa dia memulakan kebakaran dengan membakar tisu di dalam kotak kadbod.

Menerusi temu bual bersama pihak polis, wanita itu yang kini menetap di Birmingham sekali lagi menyatakan bahawa dia memulakan kebakaran dan mengaku tuduhan pembakaran dengan sengaja.

Sumber: Daily Star

Mahkamah Mahkota Cambridge memutuskan bahawa Farha perlu menjalani khidmat masyarakat selama 18 bulan di mana dia juga diperintahkan untuk melengkapkan aktiviti pemulihan selama 40 hari dan dikenakan denda £1,000 (RM5,711).

PC Antony Piccinelli berkata, ”Tingkah laku beliau pada hari kejadian sama sekali tidak dapat dijelaskan. Hanya Farha seorang sahaja yang tahu kenapa dia menganggap membakar bilik tidur bapanya adalah satu idea yang baik sebagai respons terhadap pertengkaran melibatkan pembelian makanan.”

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca