Tidak Cukup Dengan Dikelar, Wanita Ini Dirogol Sewaktu Nyawa-Nyawa Ikan Oleh Rakan Suami Sendiri

Setiap yang bernyawa pasti akan mati. Tiada satu pun yang kekal di dunia ini termasuklah diri kita. Dalam erti kata lain, semuanya hanya bersifat sementara.

Baru-baru ini, seorang pengguna Twitter yang dikenali sebagai Aminahtul Marrdiah berkongsi tentang satu tragedi yang menimpa seorang wanita yang bukan sahaja dikelar malah dirogol ketika mangsa berada dalam keadaan nyawa-nyawa ikan.

Difahamkan, suami mangsa yang baru sahaja pulang dari kerja terjumpa isterinya terbaring di atas jalan tar kira-kira 100 meter dari kediaman mereka. Lebih menyedihkan, isterinya ditinggalkan tanpa seurat benang. Tubuhnya cuma ditutup dengan selimut.

Ketika itu, wanita berkenaan masih hidup dan terus dibawa ke hospital. Mangsa dikatakan sempat menulis satu ‘dying declaration’ yang menyebut siapa bertanggungjawab dalam memperlakukannya sedemikian rupa atau dalam erti kata lain, individu yang menyamun, merogol dan kemudiannya mengelar mangsa.

Percaya atau tidak, syaitan bertopengkan manusia itu sebenarnya kawan kepada suami mangsa sendiri. Difahamkan, si suami sudah dua tahun mengenali si pelaku. Lelaki itu sudah banyak kali berkunjung ke rumah mereka dan setiap kali itulah, dia akan pandang mangsa dengan pandangan yang ‘lain macam’.

Sewaktu pelaku ditangkap, pihak polis telah menemui golok, beg tangan, dompet, kesan darah, kain cadar, sarung bantal dan juga seluar dalam berwarna merah jambu yang dipercayai milik mangsa.

Dua orang saksi yang melihat kejadian itu dengan mata kepala sendiri adalah anak mangsa yang berumur 5 tahun dan 7 tahun. Bayangkan apa perasaan anak-anak tidak berdosa itu apabila melihat ibu yang melahirkan mereka diperlakukan sedemikian?

Rasanya anda semua dapat agak bagaimana keadaan di rumah mangsa. Terdapat banyak kesan darah termasuklah yang terpercik di dinding sewaktu mangsa dikelar. Terdapat juga kesan darah yang terbentuk daripada jari mangsa. Ia kelihatan seolah-olah wanita malang itu cuba bangun dan berpaut untuk keluar dari bilik.

Di akhir kes Prima Facie, pelaku dipanggil untuk membela diri. Sewaktu pelaku memberi keterangan di kandang saksi, dia memberitahu yang dia masuk ke rumah mangsa menerusi pintu dapur.

Ketika itu, dia turut membawa kayu bersamanya sebelum mencapai golok yang terletak di sinki dapur. Dia kemudiannya masuk ke bilik mangsa dan nampak mangsa sedang tidur bersama dengan anak-anak.

Tanpa membuang masa, dia pun selongkar bilik mangsa untuk mencuri duit. Apabila perbuatannya itu disedari mangsa, dia terus melibas golok dan ia kena tepat pada leher mangsa.

Apa yang berlaku dalam sekelip mata itu menyebabkan darah memancut keluar daripada leher mangsa tanpa henti. Diiringi dengan darah memancut itu jugalah pelaku bertindak merogol mangsa tanpa sebarang belas kasihan. Pelaku juga sempat memberitahu yang dia langsung tiada niat untuk membunuh mangsa.

Selepas selesai memuaskan nafsu, pelaku tanpa rasa bersalah pergi ke sebuah restoran untuk meminum bir. Duit mangsa sebanyak RM200 yang dicuri tadi digunakan untuk membeli tujuh botol bir.

Proses rayuan kes ini sudah pun selesai dan Mahkamah Rayuan tetap kekalkan keputusan Mahkamah Tinggi iaitu hukuman 18 tahun penjara dan 12 sebatan bagi kes rogol. Bagi kes bunuh pula, pelaku dijatuhkan hukuman gantung sampai mati.

Semoga kisah ini dapat dijadikan iktibar buat semua. Jangan terlalu mudah untuk mempercayai seseorang meskipun individu itu merupakan kawan kita sendiri. Mat Salih cakap, best friends make the worst enemies.

Artikel Lain Untuk Di Baca