Tidak Capai Akil Baligh Dan Berwajah Comel, Ini Kisah Shin Hyo Myung

Percaya atau tidak, seorang lelaki di Korea Selatan sebenarnya masih belum mencapai akil baligh walaupun sudah memasuki usia 32 tahun pada 2021.

Penyakit yang dikenali sebagai Sindrom Highlander ini benar-benar berlaku kepada seorang jejaka bernama Shin Hyo Myung ataupun turut dikenali sebagai Peter Pan of Korea.

Untuk pengetahuan anda, Sindrom Highlander bukan sahaja melambatkan tumbesaran individu berkenaan tetapi turut menghalang badan mereka daripada jadi lebih tua.

Comel dan mempunyai baby face

Sumber: Koreaboo

Sekiranya anda lihat dari segi tubuh badan, rupa paras, suara dan ketinggian sahaja, Hyo Myung sememangnya tidak mempunyai perbezaan yang ketara dengan kanak-kanak berusia 12 tahun.

Walau bagaimanapun, kad pengenalan beliau membuktikan sebaliknya. Ini kerana ia jelas tertera pada kad pengenalan Hyo Myung bahawa beliau dilahirkan pada tahun 1989.

Walaupun begitu, beliau masih tidak memiliki kematangan seperti seorang lelaki normal. Suaranya juga tidak bernada besar. Namun, apa yang paling rare ialah Sindrom Highlander ini menyaksikan Hyo Myung mengekalkan baby face dan tidak ada misai serta jerawat. Sekali pandang, Hyo Myung memang saling tidak tumpah dengan wajah seorang kanak-kanak.

Tumbesaran terbantut pada usia remaja

Sumber: Koreaboo

Memetik laporan Koreaboo, Hyo Myung dahulunya dikatakan seperti kanak-kanak lain. Tumbesaran beliau bagaimanapun mula terhenti ketika melangkah masuk ke alam remaja dan sekali gus menyebabkan dirinya tidak mencapai akil baligh.

Walaupun proses akil baligh Hyo Myung terbantut, lelaki itu tidak menjadikan perkara tersebut sebagai penghalang untuk menjalani kehidupan normal sama dengan mereka yang seusia dengannya. Sama seperti yang lain, Hyo Myung turut menari di kelab malam dan minum minuman keras contohnya soju.

Makeover untuk tampil lebih matang namun tidak berjaya

Sumber: Koreaboo

Sekiranya anda mahu tahu, Hyo Myung pernah ditemu ramah dalam sebuah rancangan televisyen tempatan. Bukan sahaja ditemu ramah, kru produksi turut menggayakan Hyo Myung untuk menampakkan sisi kematangan pada dirinya tetapi ia tidak membuahkan apa-apa hasil.

Selepas makeover tersebut, Hyo Myung juga dibawa untuk menghadiri temu janji di sebuah restoran. Wanita berkenaan bagaimanapun memberikan reaksi dengan mencubit pipi tembam Hyo Myung dan seolah-olah tidak percaya bahawa lelaki itu sudah pun berusia lebih daripada 20 tahun.

Dalam pada itu, Hyo Myung difahamkan lebih meminati wanita yang mempunyai rupa paras seperti aktres Hollywood terkenal Scarlett Johansson sehingga turut menampal poster Black Widow dalam bilik tidurnya.

“Walaupun tidak mencapai kematangan, kesihatan tubuh badan yang saya miliki sekarang sudah memadai. Asalkan rupa paras saya masih comel dengan pipi yang tembam dan kulit wajah berseri,” ujarnya dalam rancangan TV tersebut.

Apa pendapat anda berkenaan Sindrom Highlander?

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca