Tidak Boleh Temani Isteri Jalani Kemoterapi, Lelaki Ini Tetap Setia Tunggu Di Luar Hospital Sambil Pegang Kadbod

Seorang suami yang tidak dapat menemani isterinya menjalani rawatan kemoterapi di sebuah hospital dekat Texas, Amerika Syarikat (AS) tampil kreatif apabila dia tetap setia menunggu di luar hospital.

Difahamkan, para pelawat tidak dibenarkan untuk masuk ke dalam hospital itu kerana penularan wabak COVID-19 yang kian membimbangkan. Ia sekali gus membuatkan lelaki yang dikenali sebagai Albert Conner itu terpaksa akur dengan arahan tersebut.

Walau bagaimanapun, atas rasa kasih dan cinta yang mendalam terhadap isterinya, Kelly Corner yang menderita kanser payu dara, lelaki yang berusia 44 tahun itu memilih untuk tetap menunggu wanita tersebut di luar hospital berdepan dengan tingkap bilik rawatan kemoterapi.

Malah, Albert turut memegang kadbod yang disertai dengan kata-kata, “Saya tidak boleh bersama kamu tetapi saya ada di sini. Saya sayang kamu. Terima kasih kepada semua kakitangan.”

Tindakan Albert itu membuatkan Kelly sangat terharu. Media tempatan melaporkan bahawa pada hari tersebut, Kelly hanya memandu sendirian untuk pergi ke hospital. Dia langsung tidak menyangka suaminya itu turut mengekorinya dari belakang, apatah lagi sanggup menemaninya dari luar bilik berkenaan.

Untuk baca artikel lain berkenaan penularan wabak COVID-19, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca