Tidak Boleh ‘Move On’, Lelaki Ini Pasang Alat Penjejak Pada Kereta Bekas Teman Wanita

Hanya kerana tidak dapat move on daripada cinta hatinya, seorang lelaki tergamak memasang alat penjejak pada kereta bekas teman wanitanya.

Tindakan lelaki tersebut yang telah memasang alat penjejak pada kereta bekas teman wanitanya dibongkarkan oleh seorang mekanik di laman TikTok baru-baru ini.

“Seorang pelanggan datang kepada saya dan meluahkan ketakutan terdapat alat penjejak pada keretanya yang dipasang oleh bekas temna lelaki,” ujar mekanik tersebut.

Menerusi sebuah video di TikTok, seorang mekanik telah menemui alat penjejak berwarna hitam yang terletak berhampiran tayar kereta pelanggan tersebut.

Sumber: Daily Star

Dalam pada itu, orang ramai meluahkan perasaan marah atas tindakan bekas teman lelaki wanita tersebut:

“Terima kasih kerana memeriksa kereta wanita tersebut dan tidak mengabaikan permintaan pelanggan anda. Kamu mungkin telah menyelamatkan nyawanya.”

“Terima kasih kerana percaya wanita tersebut dan bukannya terus menganggap dia gila.”

“Perkara yang sama berlaku kepada rakan saya di kolej dahulu. Kereta beliau akhirnya diperiksa selepas pergi ke tiga tempat berlainan.”

Dalam pada itu, ada yang bertanya kepada mekanik tersebut mengapa lelaki itu tidak percaya dengan apa yang wanita tersebut beritahu pada mulanya.

“Saya tidak percaya ada yang sanggup melakukan perkara tersebut. Semua orang dekat kedai juga terkejut apabila saya meminta mereka untuk datang dan melihat alatan tersebut,” jelasnya.

Apa yang akan anda lakukan sekiranya berada dalam situasi ini?

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca