Baru-baru ini, penyanyi dan pelakon yang tidak pernah lari daripada kontroversi, Aliff Aziz berkongsi rasa rindu terhadap anak kesayangannya bersama Bella Astillah dengan memuat naik gambar Ayden Adrean di laman Instagramnya.

Kelmarin, penyanyi yang dahulunya terkenal dengan lagu ‘Sayang Sayang’ itu memuat naik satu status di laman Twitter di mana dia melontarkan hasrat untuk rujuk semula dengan bekas isterinya itu.

Pelakon yang berusia 28 tahun itu berharap agar Allah menyambung semua jodohnya dengan Bella setelah hampir 2 minggu bercerai.

Perkongsian itu mendapat pelbagai reaksi daripada warganet. Ada yang menyokongnya dengan turut mengaminkan doa berkenaan dan ada juga segelintir yang menyindir Aliff dengan bertanyakan ‘jodoh’ yang dimaksudkan itu dengan wanita mana pula gara-gara perangainya yang selalu curang.

Aliff dan bekas isterinya yang berusia 25 tahun itu sah bercerai dengan talak satu pada 16 Mei lepas.

Bella perlu menjalani tempoh edah sebanyak 3 kali suci atau lebih kurang 4 bulan, lapor mStar.

Dalam tempoh ini, mana-mana pasangan yang telah bercerai boleh rujuk semula. Mereka boleh memilih sama ada untuk melakukan lafaz lisan atau secara perbuatan iaitu dengan melakukan hubungan suami isteri.

Selepas bercerai dengan Aliff, Bella ketika ditemu ramah wartawan tidak menafikan bahawa perasaan sayang terhadap Aliff tidak pernah hilang memandangkan mereka sudah melalui pelbagai rintangan bersama. Namun begitu, dia juga mengatakan bahawa dirinya masih memerlukan masa untuk sembuh daripada luka itu.

Apa-apa pun, kami doakan yang terbaik buat Aliff dan Bella.

Ikuti Kami Di Ruang Internet Anda
Sumber:

mStar