Tidak Boleh Bergambar Dengan Pelakon Marvel Lain Semasa Expo D23, Tom Holland Kongsi Kesedihan

Siapa antara pembaca yang pernah menonton filem adiwira terbitan Marvel? Pastinya, Tom Holland bukanlah sebuah nama yang asing untuk anda!

Pelakon itu berkongsi perkembangan terbaharunya semasa dijemput untuk menjadi tetamu di Jimmy Kimmel Live! Tom akan muncul dalam sebuah filem animasi iaitu Spies In Disguise bersama Will Smith yang akan ditayangkan pada 25 Disember 2019.

Namun, apa yang menjadi perhatian utama dalam temu bual tersebut adalah apabila Tom berkongsikan kesedihan beliau ketika menghadiri D23 Expo oleh Disney.

Ekspo tersebut diadakan semasa berita Sony Pictures membatalkan kerjasama dengan Marvel Studios masih menjadi isu hangat diperkatakan oleh orang ramai.

Apa yang membuatkan pelakon pujaan ramai itu lebih sedih kerana Tom tidak dibenarkan untuk bergambar dengan mana-mana pelakon Avengers kerana ia akan mengeruhkan lagi hubungan antara Sony Pictures dan Marvel Studios.

Katanya, “Saya sangat sedih ketika itu kerana rakan-rakan Marvel yang lain semua ada di sana dan saya ‘diharamkan’ untuk bergambar dengan mereka.”

Pelakon yang berusia 23 tahun itu turut berkata dalam temu bual yang sama bahawa beliau sebenarnya ‘menyelamatkan’ Spider-Man secara tidak langsung.

Tom berkata bahawa Robert Iger iaitu CEO Disney pernah menghubunginya dan pelakon itu sangat berterima kasih kepada pihak Disney dan Marvel Studios atas kepercayaan yang diberikan kepadanya untuk melakonkan watak Spider-Man.

Siapa sangka, panggilan khas tersebut merupakan titik permulaan untuk Sony Pictures kembali membuka rundingan dengan Marvel Studios?

Nampaknya Tom Holland memang sangat disayangi oleh kedua-dua pihak iaitu Sony Pictures dan juga Marvel Studios kerana Spider-Man akan terus kekal untuk sebuah lagi filem pada 2021.

Untuk penggemar filem terbitan Marvel, siapakah adiwira kegemaran anda? Anda boleh tonton terus di minit 10:15 untuk sesi luahan hati Tom di bawah.

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca