Tidak Berperikemanusiaan, Haiwan Peliharaan Dihantar Melalui ‘Kotak Misteri’

Trend penjualan haiwan peliharaan hidup yang dihantar melalui ‘kotak misteri’ bukanlah sesuatu perkara yang baru tetapi trend ini mula tercetus kembali di negara China sejak kebelakangan ini.

Trend ‘kotak misteri’ ini melibatkan pembelian haiwan peliharaan yang masih hidup secara dalam talian dan dihantar melalui perkhidmatan pos dan perkhidmatan kiriman cepat sepertimana barang-barang yang tak bernyawa kebiasaannya dijual.

Kebanyakan haiwan yang diterima pembeli tiba dalam keadaan tidak bernyawa akibat daripada kondisi yang haiwan-haiwan itu lalui ketika dalam transit.

Trend ini telah mencetuskan kemarahan yang membuak-buak dalam kalangan netizen yang meminta perbuatan yang tak berperikemanusiaan ini dihentikan.

Menurut Perkara 33 dalam Undang-undang Pengeposan di China, penghantaran haiwan hidup secara perkhidmatan pos adalah dilarang sama sekali.

Walau bagaimanapun, perkara ini tidak menghentikan penjualan haiwan hidup yang semakin hari semakin terkenal dalam platform penjualan secara dalam talian.

Menurut salah sebuah artikel yang pernah ditulis pada September 2019, haiwan-haiwan peliharaan seperti anak anjing, anak kucing, burung, hamster dan anak itik sangat mudah ditemukan dalam aplikasi-aplikasi jualan dalam talian seperti Taobao dan Pinduoduo.

Seorang blogger makanan di China yang dikenali sebagai Snack Girl telah menarik perhatian orang ramai tentang isu yang tidak berperikemanusiaan ini di sebuah hantaran Weibo pada 4 Mei lalu.

Snack Girl menulis bahawa dia menyedari produk-produk sedemikian seringkali muncul di setiap platform atas talian sejak setengah tahun yang lalu.

Gambar-gambar haiwan peliharaan comel yang digunakan seperti kucing jenis Ragdoll dan anjing jenis Akita sememangnya menarik peminat ramai dan dikatakan turut dijual dengan harga serendah RMB9.90 (RM6.34) atay RMB19.90 (RM12.74).

Sumber: Mothership.Sg

Wanita itu turut memberitahu yang ramai pembeli ‘kotak misteri’ telah memuatnaik video yang menunjukkan haiwan yang diterima itu mati akibat kekurangan oksigen, kelaparan atau suhu yang terlalu panas.

Hasil pencarian kata ‘kotak misteri’ dan ‘haiwan hidup’ di Taobao akan mengeluarkan beberapa penjualan yang menepati deskripsi yang diberitahu Snack Girl.

Kebanyakan ‘produk’ ini menawarkan harga sekurang-kurangnya RMB100, iaitu sekitar RM64, yang sememangnya murah untuk haiwan peliharaan kacukan yang mereka jual.

Kalaupun haiwan peliharaan yang dipesan itu tidak mati apabila mereka sampai ke tangan pembeli, nyawa haiwan ini tidak akan bertahan lebih dari seminggu.

Dalam pada itu, Snack Girl turut melaporkan bahawa para penjual tersebut telah mencuri gambar-gambar haiwan peliharaan ini melalui internet dan telah menggunakan maklumbalas palsu untuk menipu para pembeli.

Tawaran harga yang rendah itu berpotensi untuk membuat para pembeli berasa rugi jika tidak merebut peluang untuk membeli ‘kotak misteri’ tersebut.

Snack Girl telah menyarankan para pengikutnya untuk berhenti membeli ‘kotak misteri’ ini.

Ini adalah salah satu maklumbalas pembeli ‘kotak misteri’ tersebut yang telah dimuatnaik oleh Snack Girl dalam sebuah hantaran Weibonya:

Sumber: Mothership.Sg

“Kucing ini muntah setibanya di rumah dan mengalami cirit-birit. Ia mati sebelum jaminan lima hari seperti yang dikatakan. Anak saya masih menangis. Para penjual semua ni ada hati perut tak? Kucing ini muntah ketika tiba sambil mengalami cirit birit,” kata pembeli pada sebuah maklumbalas.

Pada 3 Mei lalu, sebuah gudang yang berisi haiwan peliharaan hidup yang ditempatkan dalam ‘kotak misteri’ tersebut telah dijumpai di bandar Chengdu.

Sebuah akaun rasmi rancangan televisyen “Sichuan Observer” di Weibo berkongsi sebuah video yang menunjukkan haiwan-haiwan peliharaan yang terbiar sehingga mati dalam ‘kotak misteri’ tersebut.

Sumber: Getaran

Para penyelamat telah berjaya menemukan sebanyak 100 hingga 200 ekor anak anjing dan sekitar 30 hingga 40 ekor anak kucing.

Umur haiwan-haiwan tersebut juga dikatakan berada dalam lingkungan sebulan sehingga tiga bulan.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca