Tidak Berhasrat Jual Lembu Limousin Yang Ditawarkan Dengan Harga RM22 Ribu

Seekor lembu jantan limousin telah ditawarkan dengan harga RM22 ribu, namun penternak lembu tersebut iaitu Abdul Rahim Salleh mengatakan bahawa beliau tetap tidak berhasrat untuk menjual lembu kesayangannya itu.

Beliau mengatakan bahawa lembu jantan miliknya itu telah dipelihara sejak berusia enam bulan dan ia dibeli dengan harga RM7,000 daripada seorang rakan penternak di kampung Rekang.

“Lembu saya ni dah kerap dipamerkan dalam karnival pertanian di seluruh Kelantan dan sering kali juga menang hadiah utama.”

“Setakat ini, saya tidak berhasrat untuk menjualnya. Jika saya bersetuju untuk menjualnya, harga lembu itu mestilah yang lebih ‘selesa’ bagi saya iaitu tidak kurang RM25,000,” jelasnya.

Di samping itu, turut diadakan pameran Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Negeri Kelantan (HPPNK) yang telah bermula semalam sehingga 4 Ogos di Pantai Bisikan Bayu yang mempamerkan lembu jantan limousin, lembu jantan angus, charolais, unggul blonde, piedmabtese, kedah kelantan dan belgium blue.

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca