Haiwan adalah pendamping terbaik kepada manusia kerana ia dipercayai dapat mengurangkan tekanan dan membuatkan seseorang berasa gembira dengan gelagat haiwan kesayangan. Berikut kami kongsikan 4 haiwan yang sangat mudah untuk dibela dan sesuai dijadikan sebagai haiwan peliharaan:

1. Hedgehog

Haiwan peliharaan yang comel dan berduri ini antara haiwan peliharaan yang paling mudah dibela. Haiwan ini tidak agresif malah pemalu. Makanan hariannya adalah seperti ulat kecil, sayur-sayuran dan buah-buahan tertentu. Cara penjagannya adalah anda cuma perlu memastikan sangkarnya bersih dan sediakan air dan makanan jika perlu.

2. Ikan

Umum mengetahui bahawa ikan adalah haiwan peliharaan yang paling mudah untuk dijaga. Haiwan ini tidak perlu dibelai seperti haiwan lain kerana habitatnya yang berada di dalam air. Anda hanya perlu memastikan air di akuarium ditukar apabila sudah berkeladak dan memberi makan mengikut waktu berkala.

3. Kura-kura

Haiwan ini adalah haiwan yang senyap dan mudah dipelihara kerana kura-kura tidak begitu manja dan seakan-akan tidak mempunyai perasaan. Apabila ia dilepaskan ke darat, haiwan ini mampu berjalan laju namun awas dengan abdomen dalam badannya yang lembut membuatkan kura-kura mudah tercedera.

Haiwan dua alam ini mampu hidup di air dan darat tanpa mempunyai sebarang masalah. Cara penjagaanya juga mudah iaitu dengan memberi makanan seperti sayur-sayuran, buah-buahan dan juga makanan palet.

4. Kucing

Haiwan ini adalah antara haiwan peliharaan paling popular kerana sifatnya yang manja dan comel. Ia mampu mencuit hati sesiapa sahaja yang melihatnya. Kucing yang mempunyai pelbagai ragam membuatkan ia istimewa dan sering menjadi pilihan utama para pencinta haiwan.

Haiwan ini seakan-akan dapat rasa kasih sayang tuannya dan kadang-kadang, ia akan memberi ‘hadiah’ kepada tuannya seperti cicak atau tikus sebagai balasan menjaganya. Cara penjagaannya bergantung kepada pembela sama ada dibela di dalam rumah atau di luar rumah. Makanan dan minuman yang secukupnya serta vaksin dapat mencegah haiwan ini daripada terkena penyakit berbahaya.

Walau apa sekalipun pilihan haiwan peliharaan anda, jagalah haiwan tersebut dengan baik dan anggaplah ia sebagai tanggungjawab kita.

Penulis

  • Firzana Amira Ubaiya adalah pelajar Fakulti Filem, Teater dan Animasi.
  • Dr. Mohd Syuhaidi Abu Bakar adalah Pensyarah Kanan, Fakulti Filem, Teater dan Animasi.
Ikuti Kami Di Ruang Internet Anda