Tiba-Tiba Keluar Api, Ini Akibatnya Bila Biarkan Kipas Terpasang Lama

Berdasarkan statistik yang dikeluarkan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), antara faktor utama berlakunya kebakaran termasuklah masalah litar pintas dan kegagalan peralatan elektrik.

Menerusi satu video yang tular baru-baru ini, sebuah kipas yang diletakkan di dalam bilik telah mengalami letupan kecil gara-gara kepanasan akibat dibiarkan terpasang terlalu lama. Video yang dikongsikan oleh Elcenel di YouTube itu menunjukkan kipas tersebut terbakar dan cair sehingga menitik ke atas objek berhampiran.

Pada masa yang sama, kipas yang terlampau kotor juga berpotensi untuk terbakar kerana kotoran itu terkumpul pada bahagian ventilasi kipas. Bagi mengelakkan perkara ini daripada berlaku, kipas perlulah dibersihkan secara berkala. Jangan tunggu terbakar baru nak bersihkan!

Selain itu, suis kipas wajib ditutup setiap kali anda meninggalkan bilik. Konsep kipas ini sama juga seperti diri kita, apabila kita melakukan sesuatu kerja tanpa henti, pasti kita akan berasa penat seolah-olah hilang tulang belakang. Begitu juga dengan kipas, kalau dah setiap jam ia berpusing tanpa henti, lama-lama pasti akan ‘pening’.

Di samping itu, ia amatlah penting untuk memastikan bahawa peralatan elektrik yang digunakan mempunyai kelulusan Institut Piawaian dan Penyelidikan Perindustrian Malaysia (SIRIM). Penggunaan barangan elektrik termasuklah kipas yang tiada kelulusan SIRIM dapat diibaratkan seperti menggadai nyawa sendiri.

Semoga perkongsian ini bermanfaat buat semua.

Untuk baca artikel lain berkenaan perkara atau barangan yang boleh membawa kepada kematian, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca