“Tiba-Tiba Dia Menangis.” – Lelaki Ini Terkilan Tak Lepas Masuk Masjid

Setelah tiga bulan umat Islam menahan kerinduan untuk melaksanakan solat secara berjemaah di masjid, akhirnya kerajaan telah membenarkan surau dan masjid dibuka semula mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah ditetapkan.

Walau bagaimanapun, hanya 500 orang jemaah sahaja yang dibenarkan untuk masuk menunaikan ibadah.

Semalam, iaitu pada hari Jumaat, para lelaki yang beragama Islam sudah mula memenuhi ruangan masjid dan surau. Walau bagaimanapun, menerusi perkongsian di laman Facebook IIUM Online semalam, memaparkan seorang pelajar tidak dapat menahan sebak apabila dia tidak dapat masuk ke masjid untuk solat Jumaat secara berjemaah.

Pelajar tersebut yang sudah siap sedia datang ke masjid sambil membawa sejadah sendiri untuk menunaikan solat Jumaat, hanya mampu menangis di luar masjid, selepas akur dengan arahan pihak masjid.

Untuk makluman, semalam, Masjid Sultan Haji Ahmad Shah yang terletak di dalam kampus Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) juga sudah dibuka untuk para jemaah menunaikan solat. Walau bagaimanapun, mungkin disebabkan jumlah jemaah sudah melebihi had yang ditetapkan, ramai yang tidak dapat masuk untuk solat Jumaat.

Untuk rekod, bermula semalam, semua masjid dan surau di Selangor telah dibuka untuk solat Jumaat dan solat fardhu.

Untuk baca artikel lain yang berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca