Tiap Hari Berdoa Cerita Lama Tidak Disiarkan, Lisdawati Buang Dan Bakar Gambar Tidak Bertudung

Di dalam perkongsian akaun Instagram pelakon terkenal Lisdawati, beliau mengakui cuba untuk membuang semua gambar serta keratan akhbar fotonya yang tidak bertudung.

Menurut pelakon itu, tindakannya itu kerana beliau mahu bertaubat dan menjaga auratnya maka semua gambarnya yang tidak bertudung ingin dihapuskan.

“Banyak dah gambar-gambar lama yang saya dah buang dan bakar. Tiba-tiba terkeluar keratan ni. Masih ada yang terselit,” ujarnya di dalam hantaran itu.

Menerusi foto dari keratan akhbar itu, rambut beliau dan selebriti lain telah ditutup dengan contengan pen hitam.

“Saya mohon maaf sangat-sangat dan minta tidak siarkan gambar saya yang dah lama.

Kalau nak simpan pun, jom kita jaga sesama kita. Conteng sedikit mana yang perlu.

Kalau mampu nak saja saya buang semua gambar dan video saya yang jahil dulu. Hari-hari berdoa supaya cerita lama saya tidak disiarkan. Semoga Allah SWT terima taubat saya,” tambahnya.

Hantaran tersebut menerima reaksi positif daripada peminatnya yang rata-rata mendoakan pelakon itu.

Apa-apa pun, semoga Lisdawati terus istiqamah dan dipermudahkan segalanya!

Untuk membaca artikel lain berkaitan selebriti tempatan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca