Tiada Unsur Jenayah, Usus Bocor Punca Nora Anne Meninggal Dunia

Sidang media laporan bedah siasat kematian remaja Ireland, Nora Anne Quoirin baru sahaja diadakan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Negeri Sembilan (IPKNS).

Hasil bedah siasat telah mendapati bahawa punca kematian gadis berusia 15 tahun itu adalah disebabkan kebocoran usus ekoran tidak makan dalam tempoh yang lama.

Ketua Polis Negeri Sembilan iaitu Datuk Mohamad Mat Yusop mengesahkan bahawa hasil bedah siasat juga mendapati bahawa Nora telah meninggal dunia sejak dua atau tiga hari sebelum mayatnya ditemui pada hari ke-10 kehilangannya.

Punca kematian juga disebabkan oleh tekanan yang berpanjangan. Pada masa yang sama, beliau juga menafikan bahawa kematian Nora Anne ada kaitan dengan unsur jenayah.

“Punca kematian sebenar adalah kebocoran pada usus disebabkan mungkin kerana tidak makan dalam tempoh panjang dan juga stres berpanjangan,” katanya.

Dalam pada itu, beliau memaklumkan bahawa pihaknya sedang menyiasat individu di sebalik akaun Twitter yang membuat dakwaan Nora Anne telah dirogol orang asli.

“Dakwaan mangsa dirogol itu tidak benar, kita pun sedang siasat pemilik Twitter berkenaan.”

“Polis juga tidak menghalang keluarga mangsa untuk pulang ke negara asal dan jangkaan bila mayat mangsa boleh dibawa keluar juga belum ditetapkan,” tambahnya.

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca