Seorang wanita yang mempunyai 18 orang anak tidak sengaja menjangkiti COVID-19 kepada 17 orang anaknya walaupun tidak menunjukkan simptom-simptom mengalami virus tersebut.
Brittany Jencik yang berasal dari Penfield, New York di Amerika Syarikat berkata, dia tidak mempunyai simptom dan hanya menyedari dia dijangkiti virus tersebut selepas anak-anaknya mula sakit.
Wanita yang mana sebahagian anaknya adalah anak angkat memberitahu, dia mula berasa tidak sihat selepas itu.
Menurut laporan berita tempatan ABC13 oleh WHAM, Brittany berasa betapa sakitnya virus tersebut selepas beberapa hari.
Seramai 17 orang anaknya tinggal bersama-samanya di rumah.
Brittany berkata, dia sudah menghubungi rakanya untuk melakukan pembersihan di rumahnya bagi menghapus virus tersebut.
Tambah Brittany, keluarganya menjalani kuarantin sendiri sejak sebulan lalu.
Pada masa ini, New York mendahului bilangan kes positif COVID-19 di Amerika Syarikat.
Untuk membaca lebih banyak artikel berkenaan penularan wabak COVID-19, sila klik pada pautan di bawah: