Tiada persefahaman menjadi punca beregu lelaki negara, Nur Izzuddin Rumsani dan Goh Sze Fei berpisah.
Kedua-dua pemain ini sentiasa mencari titik penyelesaian atas prestasi mereka, pada akhirnya masing-masing terpaksa membawa haluan sendiri.

“Kami pernah berbincang sebelum ini, dalam pemikiran saya seakan nak perbaiki dan mencari jalan penyelesaian. Tapi pada akhirnya termasuk dua kejohanan terbaru berakhir dengan keputusan yang tidak bagus dan mengecewakan,” kata Sze Fei
“Addin (Nur Izzuddin) cakap tak rasa (perasaan) dan itu satu isyarat buat saya. Jadi saya rasa, gandingan adalah seperti pasangan dan kalau bersama kena kedua-duanya sekali tetapi itu sudah tidak penting lagi.
Sze Fei juga berharap dia dan rakan regunya dapat bermain dengan bagus pada masa akan datang dan menegaskan tiada sesiapa yang salah dalam keputusan ini.

Dalam pada sama, Nur Izzuddin mempunyai alasan tersendiri bahawa dirinya sudah tidak ‘merasai’ biarpun mereka menang ataupun tewas dalam mana-mana kejohanan disertai.
“Bila terlalu lama dalam tujuh tahun, saya rasa seperti sudah biasa, menang kalah itu saya hanya menikmatinya saja. Dalam masa beberapa kejohanan, itulah perasaannya. Saya kalah, saya ‘rileks’ saja dan bermain semula berbanding harus cuba bekerjasama dengan lebih baik,” kata Nur Izzuddin.

Untuk rekod, Nur Izzuddin-Sze Fei pernah meraih gelaran Terbuka Jerman tahun lalu namun mereka gagal mempamerkan aksi konsisten sebelum menutup musim 2022 dengan muncul juara Cabaran Antarabangsa Malaysia, Disember lalu.
Untuk membaca artikel berkaitan, anda boleh klik pautan di bawah: