“Tiada Permohonan Perlu Dibuat,” Perdana Menteri Umum BPN 2.0 Buat Golongan B40 Dan M40

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam mengumumkan pihak kerajaan berbesar hati untuk memberikan lagi Bantuan Prihatin Nasional 2.0 (BPN 2.0) kepada seluruh rakyat Malaysia yang tergolong dalam kategori B40 dan M40.

Menurut Perdana Menteri, tiada permohonan yang perlu dibuat bagi mendapatkan bantuan BPN 2.0 kerana kerajaan akan menyalurkan secara terus kepada 10.6 juta penerima yang sudah diluluskan di bawah BPN sebelum ini.

Sumber: Astro Awani

Jumlah bantuan yang akan disalurkan menerusi BPN 2.0 adalah seperti berikut:

  • RM1,000 kepada kumpulan isi rumah B40
  • RM500 kepada kumpulan B40 bujang
  • RM600 kepada kumpulan isi rumah M40
  • RM300 kepada kumpulan M40 bujang

Bayaran BPN 2.0 ini akan dibuat dalam dua ansuran di mana pertamanya pada hujung Oktober dan keduanya pula pada Januari 2021.

Bagi golongan isi rumah B40, bayaran ansuran pertama bulan Oktober adalah sebanyak RM700 dan keduanya, pada Januari 2021 adalah sebanyak RM300.

Sumber: Malay Mail

Bagi mereka yang layak tetapi tidak pernah menerima BPN sebelum ini, Perdana Menteri mengatakan bahawa kerajaan akan memberi peluang untuk proses rayuan serta permohonan baharu.

Perkara itu diumum Perdana Menteri dalam pengumuman Kerangka Inisiatif Tambahan Khas: Kita Prihatin yang disiarkan secara langsung semalam.

Untuk baca artikel-artikel lain yang berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca