Tiada Perbincangan Mengenai Pakatan Nasional

Tiada sebarang keputusan mengenai ura-ura kerjasama politik baharu dalam mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi UMNO yang berlangsung pada hari ini.

Sebaliknya, Setiausaha Agung UMNO Tan Sri Annuar Musa dalam satu kenyataan media memaklumkan, mesyuarat pada hari ini membincangkan beberapa perkara lain.

Antaranya ialah penetapan tarikh untuk persidangan UMNO cawangan, Mesyuarat perwakilan UMNO bahagian serta Konvensyen UMNO peringkat negeri.

Manakala tarikh untuk Perhimpunan Agung UMNO telah ditetapkan pada 26 hingga 31 Oktober.

Annuar juga turut mengumumkan pelantikan Tan Sri Zulhasnan Rafique sebagai Pengerusi Lembaga Disiplin UMNO yang baru, menggantikan Tan Sri Apandi Ali.

Menurut Annuar lagi, Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi telah memberikan pelbagai senario yang mungkin berlaku dan semuanya telah dinilai secara bersama dengan PAS dalam semangat Muafakat Nasional.

Majlis Tertinggi UMNO juga bersetuju untuk terus memperkasakan Muafakat Nasional dengan mempertingkatkan gerak kerja bersama PAS, terutamanya dalam dalam berhadapan dengan sebarang kemungkinan.

Untuk baca artikel lain berkenaan Pakatan Nasional, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca