Pelakon terkenal Azhan Rani mengaku kesilapan diri sendiri kerana tidak membaca komen seorang individu dengan betul di Instagram baru-baru ini.
Menerusi hantaran di Instagram, seorang pengguna media sosial meninggalkan komen bahawa arwah ibunya turut meminati lakonan pelakon Nur itu.
“Hahaha arwah mak saya suka sangat abang berlakon. Dia kata abang talented,” tulisnya.
Pemilik nama Azhan Abdul Rani itu kemudiannya dilihat membalas komen yang ditinggalkan oleh individu berkenaan dan meminta wanita terbabit menyampaikan salam kepada ibunya.

“Allahuakbar. Malu saya. Sampaikan salam saya pada mak ya. Semoga sihat walafiat,” balasnya.
Tidak lama selepas itu, komen pelakon Hilang Yang Kembali mencuri perhatian orang ramai di media sosial kerana pelakon tersebut didakwa telah mempersenda orang yang sudah ‘tiada’.
Azhan kemudiannya telah membuat permohonan maaf secara terbuka di ruang komen hantaran di laman Instagram itu.
“Allahuakbar maaf ya. Saya terlepas pandang (dan) salah baca. Semoga Allah tempatkannya bersama orang-orang yang soleh. Maaf sekali lagi. Al-Fatihah untuk arwah bonda awak,” tulis Azhan lagi.
Peminat berkenaan turut menyambut baik permohonan maaf Azhan dan mendoakan aktor itu terus terbang tinggi dalam bidang lakonan.

“Ahahahha tak apa. Sebab itu saya letak gambar smile. Saya pun jadi krik-krik kenapa abang jawab macam tu hahhaahhahaha. Pagi tadi abang saya call sebab dia cakap viral dekat TikTok.
Saya tak ada TikTok. Saya tak tahu. By the way, good luck in your career abang. My late mother adore you so much. Haaa lepas ni jangan cakap kirim salam dekat mak tau. Terkejut mak kami,” jawab peminat itu.
Azhan kemudiannya meminta maaf kepada peminat itu sekali lagi dengan berkata, “Maaf sekali lagi ya buat jadi tak selesa. Tak ada niat mempersenda langsung.
Betul-betul terlepas pandang salah baca. Semoga dimudahkan segala urusan dunia akhirat dan semoga Allah mencucuri rahmat buat arwah bonda.”

Apa pendapat anda?
Untuk baca artikel-artikel berkaitan industri hiburan tanah air, anda boleh klik pada pautan di bawah: