Tiada Niat Merendahkan Penduduk Setinggan, Syifa Melvin Tampil Mohon Maaf

Belum lagi reda kontroversi yang menyaksikan dirinya dikatakan punca kemerosotan prestasi bintang Johor Darul Ta’zim (JDT) Safawi Rasid, nama Syifa Melvin makin hangat diperkatakan warganet kerana merendahkan golongan kurang berkemampuan.

Enggan memanjangkan isu, aktres itu tampil membuat permohonan maaf atas salah faham yang berlaku selepas kenyataannya mengenai penduduk rumah setinggan dan Projek Perumahan Rakyat Miskin Tegar (PPRT) menjadi tular.

Memetik laporan mStar, Syifa berkata bahawa dia tidak mempunyai niat untuk merendahkan mana-mana pihak.

Jelasnya, “Bila orang dah salah faham, saya perlu bertanggungjawab. Saya minta maaf atas salah faham yang berlaku. Saya tidak ada niat nak berkata begitu.”

Tambahnya, “Apa yang saya maksudkan adalah mengenai jenis kain dan warna turban itu yang nampak mahal. Di mana saja anda pakai turban itu akan memberikan keyakinan diri. Itu sebenarnya maksud saya tetapi kenyataan itu disalah tafsir segelintir pihak.”

“Apa-apa pun, saya akui ia tetap salah saya,” katanya.

Untuk dijadikan cerita, adik kepada Syatilla Melvin itu dilihat sedang mempromosikan sebuah koleksi turban dalam video tersebut.

Namun, apa yang lebih mengundang kemarahan warganet ialah kenyataan aktres berkenaan mengenai warna-warna yang terdapat dalam koleksi tersebut adalah warna mahal.

Dalam erti kata lain, warna-warna itu akan membuatkan si pemakai kelihatan mewah meskipun mereka cuma tinggal di rumah setinggan dan rumah PPRT.

Sementara itu, Syifa berharap tidak ada mana-mana pihak cuba mengeruhkan lagi keadaan.

Menurut Syifa, “Saya minta tolong kepada semua pihak jangan membuat spekulasi sendiri dengan penulisan anda yang tidak betul.”

“Nanti hanya menambahkan dosa warganet yang hanya membaca dan menilai daripada penulisan itu sedangkan saya tidak bermaksud sebegitu. Bila anda tulis cerita tidak betul, anda yang menambah dosa sendiri dan orang lain juga,” katanya.

Akhir kata, janganlah sesekali kita merendahkan orang lain dan sebaliknya menjadikan perkara ini sebagai iktibar.

Untuk membaca lebih banyak artikel lain berkaitan isu Syifa Melvin dan Safawi Rasid, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca