Tiada Niat Hina Atlet Badminton Negara, Lelaki Ini Tampil Mohon Maaf

Nama Borhan Che Rahim menjadi bualan ramai baru-baru ini selepas memuat naik sebuah hantaran yang bersifat perkauman terhadap Kisona Selvaduray di Facebook.

Sumber: Instagram Kisona Selvaduray

Borhan memuat naik hantaran tersebut selepas pemain perseorangan wanita negara itu tewas di tangan pemain Jepun dalam aksi separuh akhir Piala Sudirman di Finland.

Sumber: Twitter Alawiyah Yussof

Selepas tangkap layar posting bersifat perkauman itu tular, Borhan yang merupakan Naib Ketua Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Pasir Puteh telah menerima kecaman hebat daripada orang ramai termasuk Persatuan Badminton Malaysia (BAM) yang mengutuk sekeras-kerasnya perbuatannya itu.

Terbaharu, Borhan tampil membuat permohonan maaf secara terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia berkenaan isu tersebut dan menjelaskan tidak pernah terlintas di fikirannya untuk merendah-rendahkan mana-mana individu atau kaum ketika memuat naik hantaran di media sosial.

Memetik laporan Utusan Malaysia, Borhan menjelaskan panggilan tersebut ialah bahasa percakapan di Kelantan yang merujuk kepada orang India dan apa yang berlaku adalah satu kekhilafan yang telah dilakukannya tanpa mengkaji kesannya terlebih dahulu.

Dalam pada itu, Borhan turut menawarkan diri untuk melepaskan jawatan sebagai Naib Ketua Bersatu Bahagian Pasir Puteh untuk menjaga nama baik parti yang diwakilinya.

Sumber: Facebook Ti Lian Ker

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca