“Tiada Maaf”, Wanita Ini Dedah Bagaimana Ibu ‘Sailang’ Suami Sendiri

Seorang wanita mendedahkan dia tidak akan pernah memaafkan ibunya sendiri selepas perempuan berkenaan bertindak merampas suaminya dan melahirkan anak hasil hubungan mereka.

Lauren Wall, 34, yang berasal dari Twickenham yakni terletak di barat daya London telah berkahwin dengan seorang pekerja lapangan terbang bernama Paul White ketika wanita itu baru berusia 19 tahun.

Menurut Lauren, ibunya yang dikenali sebagai Julie, 53, tidak membantah malah, menaja segala kos perkahwinan yang dikatakan mencecah RM79,164. Sebagai tanda penghargaan, Lauren kemudiannya membawa Julie bersama-sama mengikut dia dan suami pergi berbulan madu selama dua minggu di Devon.

Walau bagaimanapun, sesuatu yang asing mula terjadi pada Paul hanya lapan minggu selepas majlis perkahwinan mereka. Lelaki berkenaan bertindak keluar dari rumah dan hanya pulang sembilan bulan kemudian dengan suatu kejutan besar.

Ibu Lauren, Julie dan suaminya, Paul kini merupakan pasangan kekasih dan Julie baru sahaja melahirkan anak mereka berdua.

“Dia (Paul) memang sangat rapat dengan ibu saya. Namun, saya tidak menyangka ada sesuatu yang pelik mengenai hubungan mereka,” ujar Lauren.

“Saya berasa sangat gembira untuk memulakan hidup baharu sebagai pasangan suami isteri. Tetapi, Paul berubah sebelum dakwat di sijil pernikahan kami sempat kering.”

Tambah Lauren lagi, dia perasan bahawa suaminya, Paul sangat obses dengan telefon bimbitnya.

“Adik saya pernah menjumpai mesej mereka berdua di dalam telefon bimbit ibu. Namun, apabila saya menyoal, dia hanya mengatakan saya sudah hilang akal. Paul pula pucat dan enggan membenarkan saya melihat telefonnya.”

Beberapa hari selepas insiden itu, Paul menanggalkan cincin perkahwinannya sebelum bertindak meninggalkan Lauren dan anak mereka yang berusia tujuh bulan.

Lauren berkata, dia sukar mempercayai kenyataan bahawa dua individu paling dipercayai sanggup menikamnya dari belakang.

“Saya berasa jijik. Ia merupakan perkara paling buruk seorang ibu boleh lakukan kepada anak perempuannya.”

“Paul mungkin seorang pengecut kerana tidak berani bersemuka dengan saya tapi Julie adalah ibu saya. Dia sepatutnya menyayangi dan melindungi saya,” ujar Julie yang jelas kecewa.

Difahamkan, pertama kali Lauren bertemu Paul adalah di sebuah pub. Mereka bertukar nombor telefon dan sering keluar bersama selepas itu.

Pada bulan Mac 2004, Lauren disahkan hamil hasil hubungannya dengan Paul dan pasangan itu berkahwin tidak lama kemudian.

Lima tahun selepas pendedahan mengenai hubungan mereka, Paul dan Julie akhirnya bernikah dan Lauren menghadiri majlis berkenaan meskipun masih belum memaafkan pasangan itu.

Untuk membaca artikel lain berkaitan perkahwinan, sila klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca