Tiada Lagi Vaksinasi COVID-19 Percuma Untuk Kanak-Kanak Mulai 16 Mei Ini

Mulai 16 May, Program Vaksinasi COVID-19 kepada Kanak-kanak (PICKids) tidak akan lagi beroperasi atas sebab pembaziran.

Timbalan Menteri Kesihatan I, Dato’ Dr Haji Noor Azmi Ghazali menyatakan bahawa tarikh ini sudahpun ditetapkan oleh Jawatankuasa Bertindak Imunisasi COVID-19 Kanak-Kanak(CITF-C) kerana jumlah kanak-kanak yang mengambil vaksin tidak ramai.

Bagi mengelakkan pembaziran vaksin yang perlu digunakan sebelum enam bulan ia dikeluarkan, tarikh tamat harus ditetapkan.

Sumber: COVID-19 Malaysia

Ibu bapa yang hendak membawa anak-anak mereka berumur lima tahun ke 12 tahun untuk divaksinasi boleh pergi ke PICKids sebelum 15 May.

“Selepas tarikh ini, vaksin Covid-19 kanak-kanak jenis Comirnaty tidak lagi ditawarkan di mana-mana fasiliti kesihatan awam dan swasta di Malaysia, manakala bagi vaksin Coronavac pula hanya boleh diperoleh dengan bayaran di fasiliti swasta.

“Bagaimanapun, keputusan ini tidak membabitkan vaksinasi bagi kanak-kanak yang lahir pada tahun 2017 dan belum mencapai usia lima tahun 15 Mei 2022,” katanya

Tambahan lagi, CITF-C bersetuju untuk membuat pindaan pada Borang Persetujuan Suntikan Vaksin Covid-19 untuk Kanak-kanak bawah 18 tahun.

Borang yang sudah diubah tidak akan ada lagi klausa ‘Saya bertanggungjawab ke atas risiko yang mungkin berlaku kepada kanak-kanak akibat keputusan/tindakan saya ini kerana manfaat vaksin adalah jauh lebih baik daripada kesan sampingannya”.

Ini adalah untuk memastikan semua tidak keliru bahawa Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) masih sedia membantu dan tidak akan abaikan kepada yang menghadapi kesulitan atau kesan sampingan selepas menerima vaksin.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca