Tiada Lagi Kompaun RM1,000, Individu Yang Ingkar PKP Fasa 3 Akan Terus Dihadapkan Ke Mahkamah

Mana-mana individu yang didapati melanggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akan terus dihadapkan ke mahkamah. Tindakan tegas itu akan berkuat kuasa bermula hari ini sepertimana yang dimaklumkan oleh Menteri Kanan (Keselamatan) yang juga merupakan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Sumber: The Star

“Pada hari Rabu, PKP fasa ketiga akan dilaksanakan. Saya percaya jangkaan rakyat kepada tindakan polis adalah keras dan tegas.

“Rakyat seolah-olah tidak takut kepada undang-undang kita hari ini. Mungkin kompaun RM1,000 tidak dianggap begitu tinggi untuk takutkan mereka yang ingkar PKP.

“Oleh itu, polis tidak lagi akan memberi tumpuan kepada kompaun. Mulai Rabu, individu yang ditahan akan direman dan dihadapkan ke mahkamah. Biarlah mahkamah yang memutuskannya,” kata Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam satu sidang media pada Selasa.

Menurut beliau, individu yang didapati bersalah akan didakwa di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 atau lebih dikenali sebagai Akta 342.

“Di bawah peruntukan ini, mahkamah boleh menghukum mereka tidak lebih dari dua tahun penjara dan ima tahun penjara bagi kesalahan seterusnya.

“Kita tidak lagi ‘menawarkan’ kompaun yang boleh dibayar dalam tempoh dua minggu. Mereka mungkin menganggapnya seperti dapat saman kereta dan tak bayar sampai bila-bila.

“Tapi kali ini berbeza. Yang tak takut kompaun, hari Rabu kita akan ambil tindakan lebih keras. Diharapkan keadaan (bilangan orang keluar) akan reda dan rakyat akan mematuhi arahan kerajaan,” kata beliau lagi.

Untuk rekod, Polis Diraja Malaysia (PDRM) bermula Rabu minggu lalu telah mengenakan kompaun sebanyak RM1,000 terhadap individu yang mengingkari PKP. Mereka yang dikenakan kompaun perlu membuat pembayaran di Pejabat Kementerian Kesihatan dalam tempoh dua minggu dari tarikh ia dikeluarkan.

Dalam pada itu, seluruh team Lejen Digital ingin mengambil kesempatan ini untuk menyeru orang ramai agar mematuhi perintah kerajaan untuk duduk di rumah dalam mengekang penularan virus COVID-19. Untuk baca artikel-artikel berkenaan Perintah Kawalan Pergerakan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca