Tiada Lagi Kisah Dongeng ‘Aki’, Pelakon Suara Animasi Pada Zaman Dahulu Kembali Ke Rahmatullah

Animasi bertajuk Pada Zaman Dahulu terbitan Le’s Copaque Production Sdn Bhd sememangnya merupakan suatu cerita yang sangat digemari dalam kalangan kanak-kanak.

Cerita yang penuh dengan kisah teladan ini pastinya menjadi salah satu cerita animasi yang paling dinanti-nantikan oleh semua orang.

Bagaimanapun, baru-baru ini, pihak produksi Le’s Copaque Production Sdn Bhd menerima satu berita yang mengejutkan. Mereka dimaklumkan bahawa pelakon suara bagi watak ‘Aki’ iaitu Dato Alias Lazan telah dikhabarkan meninggal dunia hari ini.

Berita sedih itu dimaklumkan menerusi laman Facebook rasmi pihak produksi berkenaan. Untuk pengetahuan, arwah juga pernah terlibat sebagai pelakon suara bagi watak ‘Pak Mail’ dalam filem GENG : Pengembaraan bermula.

Namun begitu, suara beliau lebih dikenali sebagai watak ‘Aki’ dalam animasi Pada Zaman Dahulu. Kepergian Dato Alias pasti merupakan kehilangan yang cukup dirasai oleh pihak produksi Le’s Copaque dan peminat animasi Pada Zaman Dahulu.

Berikutan penyebaran khabar ini, warganet juga tidak terlepas daripada mengucapkan takziah dan doa kepada arwah serta keluarganya.

Semoga ahli keluarga arwah Dato Alias sabar dan tabah menghadapi ujian ini. Pihak Lejen Press mengucapkan takziah kepada seluruh keluarga arwah.

Artikel Lain Untuk Di Baca