Tiada Lagi Hidupan Laut Dugong, China Isytihar Haiwan Ini Pupus

Hidupan laut dugong telah diisytiharkan pupus di China baru-baru ini selepas penyelidikan baharu tidak menemui sebarang rekod atau bukti bahawa haiwan tersebut wujud di negara tersebut sejak tahun 2008.

Dugong yang dikenali sebagai lembu laut, merupakan satu-satunya mamalia marin herbivor. Ia boleh membesar sehingga panjang 3 meter dan makanan utamanya adalah rumput laut. 

Haiwan itu diketahui wujud di selatan China sejak beratus-ratus tahun dahulu tetapi ia turut ditemui di perairan dari Afrika Timur hingga Vanuatu, malah jauh ke utara sehingga barat daya kepulauan Jepun.

Bilangan haiwan yang sering disalah anggap sebagai ikan duyung oleh kelasi-kelasi kapal suatu ketika dahulu itu semakin merosot di China dari tahun 1970-an dan sebelum tahun 2008.

Mamalia tersebut diancam secara global oleh aktiviti manusia seperti memancing, pelanggaran dengan kapal dan kehilangan habitat yang disebabkan oleh manusia.

Para saintis daripada Persatuan Zoologi London (ZSL) dan Akademi Sains China menjalankan tinjauan dan menyemak data pengedaran sejarah untuk mencapai kesimpulan tersebut.

Penulis bersama kajian tersebut, Prof Samuel Turvey berkata: “Kemungkinan kehilangan dugong di China adalah kerugian yang amat besar.”

Ketiadaan haiwan itu akan memberi kesan ke atas fungsi ekosistem.

Tambahan pula, perkara ini menjadi peringatan yang menyedihkan bahawa kepupusan boleh berlaku sebelum tindakan pemuliharaan yang berkesan dapat dibangunkan.

Secara tidak langsung dugong terancam di seluruh dunia dan disenaraikan kepada terdedah kepada kepupusan oleh Kesatuan Pemuliharaan Alam Semula Jadi Antarabangsa (IUCN).

Haiwan gergasi jinak itu juga diklasifikasikan sebagai Haiwan Dilindungi Utama Nasional Gred 1 oleh Majlis Negara China iaitu perlindungan tertinggi oleh negara komunis itu.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca