Tiada Lagi Abang JPJ Di Sebelah, Ujian Memandu Menggunakan CCTV Bakal Diperkenalkan Ke Seluruh Negara

Pada Julai tahun lepas, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di Johor telah menguji sistem ujian memandu menggunakan kamera litar tertutup.

Selepas lebih setahun, Menteri Pengangkutan iaitu Anthony Loke mengumumkan bahawa sistem ini bakal diperkenalkan ke seluruh negara bagi menggantikan sistem manual yang diguna pakai sekarang.

Difahamkan, pemandu akan dipantau dari jarak jauh menerusi kamera litar tertutup dan GPS. Menerusi ujian elektronik ini, pihak kerajaan berharap agar masalah rasuah ‘lesen terbang’ dapat dibendung memandangkan juru uji JPJ tidak akan berada di dalam kenderaan bersama dengan pelajar.

Anthony Loke bagaimanapun tidak memberi tarikh khusus bilakah sistem tersebut akan diperkenalkan ke seluruh negara.

Sistem ujian manual akan dikekalkan di kawasan dengan capaian internet kurang baik.

Di samping membanteras masalah ‘lesen terbang’, ujian elektronik ini juga diharap mampu menjimatkan sumber dan masa pegawai JPJ.

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca