Sahabat Johnny Depp, Isaac Baruch tinggal di salah satu rumah Depp dan pernah menjadi saksi apabila Amber Heard mengaku didera.
Baruch ialah seorang pelukis yang sudah berkawan dengan Depp sejak tahun 1980. Beliau merupakan saksi kedua yang memberi keterangan selepas kakak Depp, Christi Dembrowski memberi penerangan tentang kisah silam keluarga mereka.
Pada Mac 2013, Baruch dan kenalan Depp yang lain pindah ke rumah-rumah emper milik Depp termasuklah Depp dan Heard. Mereka semua tinggal bersama di tingkat atas bangunan Eastern Columbia, Los Angeles.
Pada hari lahir Baruch, beliau hendak keluar untuk berjumpa dengan Depp di bandar. Ketika keluar dari rumah empernya, Heard dan kawan-kawannya sedang berbincang di lorong hadapan rumah-rumah mereka.
Heard beritahu Baruch bahawa mereka hendak menukar kunci pintu rumah mereka kerana Depp telah melakukan kekerasan terhadap Heard pada hari sebelumnya. Baruch mempersoalkan perkara itu dan dengan keadaan bingung dia minta kepastian daripada Heard sendiri.
Heard terangkan pada Baruch bahawa Depp telah mambaling telefon bimbit pada mukanya sambil cuba menunjukkan kesannya pada Baruch. Baruch tidak nampak apa-apa kesan dari pemerhatiannya.
Malah, Baruch bergurau dengan Heard kerana tidak nampak kesannya lalu Heard pun ketawa bersamanya. Baruch memberi ciuman ke pipi pada bahagian muka Heard yang didera Depp sebelum beredar dan Heard tidak memberi sebarang refleks terhadap ciuman itu.

Meskipun Baruch telah memberi penerangan yang terperinci, peguam dari pihak Heard terangkan bahawa Baruch bukanlah orang yang layak untuk memastikan Heard tidak memakai sebarang solekan atau krim pada hari kejadian.
Peguam Heard juga seakan-akan menuduh Baruch menipu demi membalas jasa Depp sepanjang mereka berkawan dan tuduhan itu memberi kebingungan di riak wajah Baruch.
Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah: