Tiada Kes Baharu COVID-19 Di Taiwan Sejak 9 Mac

Pada hari Selasa, Taiwan buat pertama kalinya mengumumkan tiada kes baharu COVID-19 di negara itu.

Menurut laporan, kali terakhir negara itu mengumumkan kes jangkitan adalah pada 9 Mac iaitu 37 hari yang lalu.

Pencapaian Taiwan dalam mengendalikan COVID-19 mendapat pujian daripada pihak luar memandangkan negara itu terletak berhampiran dengan pusat penularan jangkitan di China.

Untuk rekod, pulau yang mempunyai penduduk sekitar 24 juta itu hanya mencatat 393 kes positif COVID-19 sahaja dengan enam angka korban.

Ia susulan tindak balas agresif yang dilakukan lebih awal oleh Taiwan. Negara itu juga tidak perlu melaksanakan perintah kawalan pergerakan dan membolehkannya untuk membuka sekolah, restoran dan pejabat.

Rakyat dinasihati untuk sentiasa menjaga kesihatan dan kebersihan diri sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan berkuat kuasa. Sentiasa mematuhi perintah kerajaan dengan duduk di rumah dan tidak keluar tanpa sebab yang kukuh.

Untuk membaca artikel lain berkaitan COVID-19, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca