“Tiada Bukti COVID-19 Berasal Dari Wuhan, Manusia Tidak Cukup Hebat Untuk Menciptanya.” – Pakar

Koronavirus yang dikenali sebagai SARS-CoV-2 terus meninggalkan tanda tanya kepada manusia tentang keberadaannya. Pelbagai spekulasi juga turut timbul sehingga menyebabkan dua negara besar dunia bertindak saling menyalahkan antara satu sama lain.

Walau bagaimanapun, saintis Amerika Syarikat (AS) mengakui bahawa masih tiada bukti yang kukuh untuk menyokong dakwaan presiden mereka, Donald Trump bahawa wabak COVID-19 itu dicipta daripada salah sebuah makmal di Wuhan, China, memandangkan manusia tidak cukup bijak untuk mencipta virus ini.

Sebaliknya, terdapat banyak bukti kuat yang mampu menyokong hipotesis mengenai virus ini telah berkembang secara semula jadi.

Para saintis percaya nenek moyang dahulu langsung tidak mengenal koronavirus yang dikatakan hidup di dalam kelawar dan haiwan lain sekali gus menolak tuduhan bahawa virus ini berasal dari pasar eksotik di China.

Jawatankuasa juga memberitahu bahawa COVID-19 ini sangat sukar diramal dan ia virus yang berbeza dengan apa yang ditemui dan disimpan di makmal.

Selain itu, Profesor Robertson juga percaya bahawa penemuan sampel COVID-19 yang dikatakan berusia 40 hingga 50 tahun dijumpai di makmal Wuhan adalah sebuah penipuan, memandangkan tiada bukti yang mampu menjelaskan teori konspirasi itu.

Berdasarkan analisis yang telah dilakukan, kemungkinan pesakit COVID-19 di Wuhan mungkin dijangkiti daripada kelawar. Tetapi virus itu sendiri telah menjalani beberapa perubahan genetik utama untuk menjangkiti manusia. Kemungkinan besar, alam semula jadi yang menciptanya.

Untuk baca lebih banyak artikel berkenaan penularan wabak COVID-19, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca