“This Is A Joke”, Ini Reaksi Najib Terhadap Pengumuman Program Subsidi Petrol

Program Subsidi Petrol (PSP) yang diumumkan oleh Menteri Kewangan, Lim Guan Eng ketika pembentangan Belanjawan 2020 dijangka akan memberi manfaat kepada kira-kira 8 juta pemandu. PSP akan mula dilaksanakan pada Januari 2020 di Semenanjung Malaysia dan serentak itu, harga petrol RON95 akan diapungkan secara beransur-ansur.

Terdapat dua kategori yang layak menerima PSP, iaitu penerima Bantuan Sara Hidup (BSH) yang layak serta pemandu lain yang layak tetapi tidak menerima BSH.

Untuk penerima BSH, subsidi petrol yang diberikan adalah sebanyak RM30 sebulan untuk pemilik kereta atau RM12 sebulan untuk pemilik motosikal. Manakala untuk kategori bukan penerima BSH tetapi layak menerima PSP, mereka akan menerima Kad95 yang membolehkan mereka menikmati subsidi petrol 30 sen per liter terhad kepada 100 liter sebulan bagi kereta atau 40 liter sebulan bagi motosikal.

Pengapungan harga RON95 secara beransur-ansur menurut Guan Eng, akan mengurangkan ketirisan dan penyeludupan bahan api bersubsidi rentas sempadan sekaligus dapat mengelakkan pihak kerajaan daripada kerugian jutaan ringgit.

Kenderaan yang layak untuk subsidi itu adalah kereta dengan kapasiti enjin 1,600cc dan ke bawah atau​​​​​​ kereta dengan kapasiti enjin melebihi 1600cc yang berusia lebih 10 tahun, atau motosikal dengan kapasiti enjin sehingga 150cc dan ke bawah, atau motosikal dengan kapasiti enjin melebihi 150cc yang berusia lebih tujuh tahun.

Walau bagaimanapun, tidak semua pihak bersetuju dengan pengenalan PSP ini. Salah seorangnya adalah bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang menyifatkan ia tidak lebih daripada sekadar satu jenaka. Bercakap kepada pemberita selepas pembentangan belanjawan 2020, PSP begitu mengecewakan kerana tidak memberi faedah yang besar kepada rakyat.

“(Rakyat) yang ada kereta 1600cc ke bawah akan dapat RM1 sahaja sehari, this is a joke dan tidak boleh diterima. RM1 sehari tetapi kena bayar dulu apabila diapungkan minyak pada 1 Januari nanti,” kata Najib kepada pemberita.

Artikel Lain Untuk Di Baca