“The Power Of Makeup” – Wajah Lelaki Ini ‘Bertukar’ Menjadi Anak Perempuan Kylie Jenner, Stormi

Seorang YouTuber, Elliot Joseph Rentz atau lebih dikenali sebagai Alexis Stone memang terkenal dengan video-videonya tentang kuasa mekap di mana beliau melakukan transformasi terhadap wajahnya hanya dengan mengenakan solekan. Sebelum ini, beliau pernah memuat naik video transformasi kepada wajah selebriti-selebriti terkenal seperti Kim Kardashian, Kylie Jenner, Adele dan juga Post Malone.

Video ‘Kim Kardashian Makeup Transformation’ yang berdurasi 30 minit itu mendapat hampir 300,000 tontonan dan pada penghujung video tersebut, beliau kelihatan persis Kim Kardashian.

Mereka yang menonton video-video daripada Alexis ini rata-ratanya meninggalkan pujian di ruangan komen. Beberapa hari yang lepas, beliau muncul dengan video terbaharu di mana beliau ‘menukar’ wajahnya kepada wajah anak perempuan Kylie Jenner iaitu Stormi dan tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa video tersebut merupakan hasil kerjanya yang paling mengagumkan.

Video tersebut telah mendapat 120,000 tontonan dalam masa 4 hari sahaja manakala versi pendeknya di Instagram pula mencatat hampir 300,000 tontonan dalam masa sehari sahaja. Apa yang membuatkan ramai pengguna menonton video tersebut?

Ini merupakan rupa asal Alexis sebelum mengenakan apa-apa mekap di wajahnya.

Beliau memulakan transformasi tersebut dengan memakai bedak asas bagi memastikan warna kulitnya juga persis Stormi.

Hidungnya turut ‘dilukis’ semula agar kelihatan seperti hidung Stormi.

Alexis yang mempunyai bakat yang luar biasa ini juga turut mewarnakan sebahagian daripada dagunya supaya wajahnya kelihatan lebih kecil dan persis Stormi.

Kemudian, beliau turut ‘melukis’ helaian rambut dengan menggunakan 3 warna yang berbeza bagi menampakkannya lebih realistik.

Di penghujung video tersebut, wajah Alexis bertukar 180 darjah kepada wajah Stormi. Siapa sangka, dengan hanya menggunakan mekap, beliau mampu untuk menjalani transformasi ini.

Rata-rata pengguna yang menonton video tersebut meninggalkan pelbagai komen termasuklah komen yang melucukan. Berikut adalah beberapa komen yang mampu membuat siapa sahaja yang membacanya terhibur:

Malah, ada seorang pengguna di Twitter yang memuat naik beberapa screenshot daripada video Alexis itu. Tweet tersebut telah mendapat hampir 50,000 Retweets dan 115,000 Likes.

Apa-apa pun, Alexis ini memang sangat berbakat orangnya. Kepada mereka yang ingin menonton video-video transformasi lain oleh Alexis, bolehlah pergi ke channel YouTube beliau. Alang-alang dah buka YouTube, apa kata anda semua subscribe channel Lejen TV. Banyak video menarik yang menanti anda semua!

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca