The Pocket Rocketman Ungguli Emas Kejohanan Berbasikal Trek Asia Di Jakarta

Azizulhasni Awang, 31 berjaya merangkul emas di Kejohanan Berbasikal Trek Asia di Jakarta, Indonesia. Pingat yang beliau menangi adalah melalui acara pecut individu. Ini adalah emas ke-5 beliau dalam kerjayanya di kejohanan ini selepas memenangi emas dalam acara berkenaan pada edisi 2008, 2009, 2014 dan 2017.

Beliau yang diberi gelaran ‘The Pocket Rocketman’ disebabkan teknik kayuhan sangat bertenaga dan laju turut terpilih dalam lima finalis Augerah Jagoan Nadi Arena (AJNA) 2018 dan 2019.

Kemenangan Azizul dalam kejohanan ini membuka laluan buat beliau yang kini berpeluang memburu tiket untuk beraksi pada temasya Sukan Olimpik 2020 di Tokyo, Jepun.

Berita ini adalah kejayaan yang sangat ditunggu-tunggu oleh rakyat Malaysia terutama mereka yang meminati sukan berbasikal trek ini.

Tahniah The Pocket Rocketman. Teruskan memecut menggapai cita-citamu dan kibarkan semangat Malaysia ke serata dunia!

Sumber: mStar, Sukan Sinar, Stadiumastro

Artikel Lain Untuk Di Baca