KONGSIKAN

Melalui satu bebenang daripada pemilik akaun Twitter Hadi Nor, beliau telah berkongsi tentang gambar yang unik milik seorang jurugambar, Annie Hsiao-Ching Way. Annie merupakan lepasan Phd dalam jurusan seni dari University of Brighton, United Kingdom (UK).  Salah satu hasil karya beliau yang terkenal bertajuk ‘The Mother as a Creator’ yang merupakan portret beliau bersama anak lelakinya selama 10 tahun.

 

2001: “The day before I was due to give birth.”

 

 

2002: “Pressing the camera shutter together.”

 

 

2003: “My son’s leg was in plaster.”

 

2004: “Celebrating Christmas.”

 

2005: “Setting up the exhibition.”

 

 

2006: “Working hard.”

 

2010: “Moving and uncertain.”

 

2011: “Making dreams.”

 

2014: “At the same height.”

 

Setiap tahun, Annie dan anak lelakinya akan bergambar dan meletakkan gambar yang diambil pada tahun sebelumnya sebagai latar belakang. Setiap gambar itu juga mempunyai kapsyen yang tersendiri.

 

Menurut Annie, karya yang dihasilkan ini secara tidak langsung telah merakam semua pengalaman Annie sepanjang bergelar seorang ibu dalam tempoh 10 tahun. Katanya, dengan cara ini dia dapat membandingkan dan melihat perkembangan kedua-dua mereka.

 

Karya ini sangat sesuai dengan tajuknya yang memperlihatkan bahawa darjat Ibu amatlah tinggi kerana pengorbanan mereka dalam bertarung nyawa untuk melahirkan satu lagi nyawa di dunia.  Jadi sebagai anak apa perlu kita lakukan? Sentiasalah buat Ibu kita tersenyum bahagia dan bangga dengan kita. Mudahkan?.

 

Sekiranya anda mempunyai gambar kreatif seperti ini, kongsikan bersama kami di ruangan komen di bawah.