‘The Ever Given’ Tersangkut, Puluhan Kapal Lain Tersekat Di Terusan Suez

Baru-baru ini, kegagalan teknikal telah menyebabkan sebuah kapal kontena besar hilang kawalan lalu tersadai di tengah-tengah laluan Terusan Suez. Atas sebab itu juga, kapal-kapal kontena lain yang melalui terusan sepanjang 163 kilometer dan kelebaran 300 meter di Mesir tersebut turut tersangkut sama.

Untuk pengetahuan anda, Terusan Suez terletak di antara Pelabuhan Said di Laut Mediterranean dan Suez dekat Laut Merah. Ia turut membenarkan laluan untuk kapal-kapal dari benua Asia dan Eropah berdagang tanpa perlu mengelilingi Afrika.

Pada waktu kejadian, kapal kontena yang dikenali sebagai The Ever Given itu sebenarnya dalam perjalanan dari China ke bandar pelabuhan Rotterdam di Belanda.

Sumber: Instagram @fallenhearts17

Walau bagaimanapun, ia telah terperangkap sekitar pukul 7:40 pagi waktu tempatan pada hari Selasa (23 Mac). Beberapa buah kapal tunda telah dikerah untuk membantu memindahkan The Ever Given yang terperangkap.

Pihak berkuasa turut menjelaskan bahawa operasi untuk memindahkan kapal berkenaan mungkin akan memakan masa kerana mereka perlu membuang pasir yang berada di sekitar The Ever Given.

Sumber: BBC

Memetik laporan BBC, seorang sejarawan maritim yang berpusat di Carolina Utara, Amerika Syarikat iaitu Dr. Sal Mercogliano berkata insiden seperti ini jarang terjadi dan ia boleh menyebabkan kesan besar terhadap perdagangan global.

“Ini adalah kapal terbesar yang pernah terperangkap di Terusan Suez,” ujar Dr. Sal. Apa pendapat anda berkenaan perkara ini?

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca