‘The Dancing Coffin’, Ini Kisah Di Sebalik Video Tular 6 Lelaki Menari Bersama Keranda

Sejak bermulanya Perintah Kawalan Pergerakan di seluruh dunia, rata-rata masyarakat mempunyai masa yang banyak untuk mencari bahan menghiburkan diri.

Di Twitter, video ini sudah menjadi tular apabila mereka dijadikan sebagai meme kerana ia kelihatan kelakar dan menghiburkan dengan jenaka berbentuk dark humor

Pasti semua tertanya-tanya apa sebenarnya yang berlaku di dalam video ini dan siapa identiti mereka yang sebenar. Enam lelaki berkulit hitam itu merupakan penari untuk The Dancing Coffin. Penari ini dibayar untuk menari ketika ada orang yang meninggal dunia di Ghana sewaktu pemakaman.

Majoriti penduduk yang terletak di negara Afrika Barat itu beragama Kristian.

Pengasas The Dancing Coffin, Benjamin Aidoo ini telah berkhidmat sejak 10 tahun yang lalu. Menurutnya, konsep tarian ini dilakukan untuk menghiburkan pihak keluarga yang ditinggalkan agar tidak meratapi mereka yang sudah tiada.

Tarian ini bukanlah satu tradisi atau adat yang telah wujud sejak zaman dahulu, ia hanyalah trend yang telah direka untuk menghilangkan rasa takut dan sedih dalam kalangan masyarakat sepanjang pemakamam dilaksanakan.

Namun begitu, kini The Dancing Coffin telah menjadi tradisi masyarakat di Ghana apabila semakin ramai yang sudah mula menerimanya.

Malah, Benjamin Aidoo kini memiliki seramai 100 orang pekerja untuk menari secara profesional.

Di samping itu, daripada segi pemakaian pula mereka tidak lagi akan hanya mengenakan pakaian berwarna hitam sahaja. Terdapat juga warna hijau dan putih yang akan digunakan dan ini semua mengikut permintaan pelanggan.

Setiap warna yang digunakan oleh penari akan dikenakan bayaran yang berbeza.

Semestinya tradisi ini kelihatan lucu di mata kita, namun jika dilihat dari sudut niat Benjami Aidoo yang tidak mahu melihat orang ramai bersedih ia sebenarnya menyentuh hati.

Ini antara perkongsian video yang telah disunting bersama dengan The Dancing Coffin:

Untuk membaca artikel lain berkenaan video-video yang tular, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca