Thailand Akan Beri Sebanyak 1 Juta Pokok Kanabis Percuma Kepada Setiap Isi Rumah

Sumber: CNN

Menteri Kesihatan, Anutin Charnvirakul, mengumumkan bahawa kerajaan Thailand akan mengagihkan 1 juta pokok kanabis percuma kepada isi rumah di seluruh negara pada bulan Jun untuk menandakan peraturan baharu yang membenarkan orang ramai menanam tumbuhan kanabis di rumah.

Dikongsikan juga melaui sebuah hantaran Facebook pada 8 Mei, Charnvirakul menyatakan hasratnya agar pokok-pokok kanabis ditanam dan dianggap sama seperti tanaman-tanaman yang biasa menghiasi halaman perumahan.

Peraturan baharu itu yang akan berkuat kuasa pada 9 Jun membenarkan orang ramai menanam tanaman kanabis di rumah selepas mereka mengisi info memaklumkan kerajaan tempatan mereka. Namun, tumbuhan kanabis yang dibenarkan untuk ditanam mestilah berada di gred perubatan dan digunakan hanya untuk tujuan perubatan.

Selain itu, pokok-pokok kanabis tidak boleh digunakan untuk tujuan komersial tanpa mempunyai lesen-lesen berkenaan.

Pelan yang dilancarkan ini merupakan antara langkah dalam rancangan Thailand untuk mempromosikan kanabis sebagai tanaman tunai. Menurut Bank Dunia, kira-kira satu pertiga daripada tenaga buruhnya bekerja dalam bidang pertanian.

Walaupun negara-negara sekeliling terkenal dengan ketegasan dan hukuman keras mereka terhadap isu dadah, Thailand menjadi negara pertama di Asia Tenggara pada 2018 yang menghalalkan kanabis untuk penyelidikan dan penggunaan perubatan.

Sumber: ABC News

Kerajaan Thailand juga telah melonggarkan undang-undang tempatan mengenai kanabis. Tahun lepas, beberapa syarikat minuman dan kosmetik Thai bergegas melancarkan produk yang mengandungi hem dan CBD (sebuah kompaun yang tidak memberikan efek khayal kepada pengguna) selepas penggunaannya diluluskan untuk barangan pengguna.

Mengikuti hantaran Facebook pada 10 Mei selanjutnya, Charnvirakul menyatakan bahawa syarikat-syarikat Thai yang mendaftar untuk menjual produk kanabis boleh jual menjual produk yang mengandungi kurang daripada 0.2 tetrahydrocannabinol, atau THC (kompaun yang memberi efek khayal keatas pengguna).

“Ini akan membolehkan orang ramai dan kerajaan menjana lebih daripada 10 bilion baht setahun dalam hasil daripada ganja dan hem,” tulis Charnvirakul.

Sumber: New York Post

Kitty Chopaka, seorang usahawan kanabis yang berpangkalan di Bangkok, memberitahu CNN bahawa undang-undang itu bertujuan untuk membuka jalan kepada orang ramai menggunakan tumbuhan itu dalam teh ataupun sup perubatan.

“Ia masih akan dianggap jenayah jika anda tidak mempunyai preskripsi yang sah. Seseorang perlu diiktiraf sebagai pesakit yang menghidap beberapa bentuk penyakit untuk mendapat kebenaran menamam pokok kanabis. Hanya selepas itu, baru mereka dapat menggunakannya mengikut kesukaan diri.”

Dia menambah dengan mengatakan walaupun penggunaan kanabis secara rekreasi itu tetap menyalahi undang-undang, “Orang masih akan menggunakan daun kanabis dari segi rekreasi dan menghisap ganja, dan kemungkinan besar bahawa kerajaan tidak boleh menghalangnya.”

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca