TGV Cinemas Belanja Tiket Captain Marvel Kepada Wanita-Wanita Di Seluruh Malaysia

Pada tanggal 8 Mac, golongan wanita di seluruh dunia diraikan dengan pelbagai cara menerusi Hari Wanita Sedunia yang mula diperkenalkan pada tahun 1910.

Jadi sempena dengan Hari Wanita Sedunia yang jatuh pada hari Jumaat ini, TGV Cinemas mempunyai cara yang tersendiri bagi meraikan hari istimewa itu dengan memberikan tiket filem ‘Captain Marvel’ secara percuma kepada wanita-wanita di seluruh Malaysia untuk sama-sama menonton filem tersebut pada jam 8 malam.

Penebusan tiket boleh dibuat pada 8 Mac 2019 dari jam 10.00 pagi hingga 7.00 malam di kaunter tiket TGV di seluruh Malaysia. Siapa cepat dia dapat.

Syarat-syarat bagi menonton Captain Marvel secara percuma ini adalah seperti berikut:

Hanya sah untuk wanita sahaja.
Hanya 1 tiket sahaja boleh ditebus untuk setiap penonton wanita.
Penebusan hanya sah di kaunter tiket sahaja dan tidak boleh dipindah hak milik.

Kepada wanita-wanita di luar sana jangan lupa dapatkan tiket percuma ini dan tontonlah bersama rakan baik anda. Selamat Hari Wanita Sedunia!

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca