Tetap Profesional, Gadis Ini Jadi Pembantu MUA Di Majlis Kahwin Ex

tetap-profesional-gadis-ini-jadi-pembantu-MUA-di-majlis-kahwin-ex_2

Sudah tentu setiap orang mahukan hubungan yang dibina selama ini berakhir dengan sebuah perkahwinan. Tidak kira sama ada gadis ataupun jejaka yang mengimpikan perkara itu menjadi sebuah kenyataan.

Namun, apakan daya jika sudah tidak berjodoh pasti membawa haluan sendiri dan masing-masing akan bertemu dengan pasangan yang lain.

Dikhabarkan seorang gadis dari negara seberang, Indonesia tetap kuat untuk turut membantu menguruskan majlis perkahwinan teman lelakinya sendiri meskipun perkara itu amat berat untuk diterima.

Difahamkan, hubungan mereka telah berakhir sebelum jejaka tersebut bernikah dengan pilihan yang lain.

Memandangkan dia bertugas sebagai pembantu kepada make up artist (MUA), banyak perkara yang perlu dikendalikannya termasuklah dulang mas kahwin selain menyediakan pakaian bagi kedua-dua pasangan pengantin.

Walau bagaimana sekalipun, gadis terbabit tetap bersikap profesional lebih-lebih lagi di hadapan ramai orang.

@apriliafano09

Jadi dia adalah asisten mua…dtinggal nikah ma pacarnya ( team videographer ) krn harus profesional,dia brusha kuat! #fyp #fypmua #viral

♬ original sound – 🇻 🇮 🇷 🇱 🇾 🔘 – 🇻 🇮 🇷 🇱 🇾 🔘

Menerusi video yang dimuat naik di aplikasi Tiktok itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen. Menjengah ke ruangan komen pula rata-rata warganet bersimpati dengan kisah yang disampaikan.

Ramai juga mengambil kesempatan untuk mendoakan yang terbaik buat gadis itu agar bertemu dengan jodoh yang sesuai selain memuji sikap tabah dalam dirinya. Video berdurasi selama 1 minit 4 saat itu meraih lebih 2.6 juta tontonan daripada rata-rata warganet.

tetap-profesional-gadis-ini-jadi-pembantu-MUA-di-majlis-kahwin-ex
tetap-profesional-gadis-ini-jadi-pembantu-MUA-di-majlis-kahwin-ex
tetap-profesional-gadis-ini-jadi-pembantu-MUA-di-majlis-kahwin-ex
Sumber: Tiktok (apriliafano09)

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, sila klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca