Tetak Isteri Sendiri, Lelaki Ini Berdepan Hukuman Penjara Seumur Hidup

Seorang lelaki berusia 46 tahun ditahan polis pada 14 April selepas dia dilaporkan menetak seorang wanita yang dipercayai adalah isterinya dengan pisau pemotong di kawasan Beach Road, Singapura.

Menurut beberapa sumber video yang dirakamkan oleh orang di tempat kejadian, wanita berusia 41 tersebut cuba mempertahankan diri daripada tetakan lelaki itu walaupun dilihat bahawa dia telah mengalami kecederaan teruk dan terbaring di atas jalan tar.

Pada masa yang sama, beberapa saksi pada kejadian itu dilihat cuba membantu dengan melemparkan barang seperti tong sampah, kerusi, dan tangga besi ke arah pelaku. Ada juga seseorang yang cuba mendekati lelaki itu.

Menurut polis, mereka bertindak selepas mendapat sebuah laporan kes serangan di Beach Road kira-kira pada pukul 5.30 petang. Penyerang tersebut cuba melarikan diri tetapi berjaya ditahan polis apabila pihak polis menggunakan pistol taser ke atasnya

Mangsa tersebut didapati masih sedar sewaktu dihantar ke hospital melalui ambulans.

“Ia dipercayai yang lelaki tersebut telah mengelar pergelangan tangannya sebelum kedatangan polis,” jelas seorang wakil pihak Angkatan Awam Singapura. Walaupun sudah ditahan, lelaki tersebut juga dihantar ke hospital untuk menerima bantuan perubatan.

Jeremy Ang, Komander Bahagian Polis Pusat, Asisten Komisioner Polis (JPA) memuji keberanian orang ramai yang cuba sedaya upaya untuk menghalang lelaki tersebut daripada terus mencederakan wanita itu.

Buat sekarang, polis masih menjalankan siasatan dan difahamkan bahawa lelaki tersebut akan didakwa di mahkamah pada hari Sabtu, 16 April, atas tuduhan percubaan membunuh.

Jika disabitkan kesalahan, dia boleh menerima hukuman penjara seumur hidup atau sehingga 20 tahun serta denda atau kedua-duanya sekali.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca