“Teruskan Ketawa Atas Penderitaan Saya”, Aliff Aziz Terkilan Dengan Reaksi Warganet

Sepanjang tahun lalu, pelakon kelahiran Singapura, Aliff Aziz dilanda pelbagai kontroversi curang sebanyak tiga kali, selain beberapa kes lain termasuk penceraian dengan bekas isteri yakni Bella Astillah.

Baru-baru ini, selebriti berkenaan sekali lagi menjadi topik hangat selepas satu rakaman klip video berdurasi seminit yang memaparkan Aliff sedang bergaduh dengan seorang individu di tempat awam.

Kejadian yang dipercayai berlaku di Singapura itu turut menunjukkan Aliff membaling sebuah kerusi dan membuka zip seluar lalu mengeluarkan alat sulitnya.

Usai tiga hari selepas kontroversi video panas terbabit, Aliff Aziz kini tampil meluahkan rasa terkilan terhadap reaksi yang diterima daripada warganet.

“Teruskan ketawa atas penderitaan saya. Betu, saya bermasalah. Tetapi percayalah, jika anda berada di tempat saya, anda mungkin tidak akan kuat menghadapi dugaan ini,” ujarnya.

Bintang yang juga merupakan seorang penyanyi itu mendakwa dia berasa kecewa dengan sikap warganet yang mempersendakan penderitaan yang sedang dilaluinya.

“Benar, saya sudah memalukan orang yang sayangkan saya. Tiada siapa yang tahu apa yang saya telah lalui. Saya tidak perlu memberi penjelasan kepada sesiapa,” katanya lagi melalui Insta Story.

Sementara itu, Aliff juga sempat menyindir golongan yang suka menunding kesalahan orang lain tanpa melihat kekurangan yang ada pada diri sendiri.

Menurut pelakon yang pernah membintangi drama televisyen bertajuk Halalkan Hati yang Ku Curi itu, dia percaya kepada aturan dan rezeki Allah dalam apa jua perkara yang dilakukannya.

“Seteruk mana saya, Allah sentiasa ada buat saya. Sangat melucukan apabila orang yang mengaku alim lebih banyak menghina, seolah-olah mereka yang terbaik.”

“Cermin diri dan lihat jika anda layak jatuhkan hukum. Nota untuk diri sendiri, rezeki itu ada di tangan Tuhan,” katanya lagi.

Untuk membaca artikel lain berkaitan Aliff Aziz, sila klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca