Terus Banggakan Negara, Nicol David Dinobatkan Atlet Terunggul Sepanjang Zaman

Datuk Nicol Ann David yang pernah memegang takhta pemain nombor satu dunia selama sembilan tahun berturut-turut sebelum ini sah meraih anugerah Atlet Terunggul Sepanjang Zaman Sukan Dunia selepas meraih 318,943 undian.

Bekas ratu skuasy negara tersebut berjaya mengetepikan James Kehoe di kedudukan kedua di mana legenda tarik tali Ireland terbabit telah memperoleh 113,120 undian.

Sementara itu, Larysa Soloviova telah meraih 80,790 undian menjadikan atlet powerlifting dari Ukraine berkenaan di kedudukan ketiga. Untuk pengetahuan anda, Nicol telah bersaing dengan 23 calon lain mewakili sukan masing-masing dalam sejarah 40 tahun temasya berkenaan

Dalam pada itu, undian yang berakhir pada sembilan malam tadi (waktu Malaysia) telah mencatat satu lagi sejarah baharu buat sukan negara. Walaupun ia mula dibuka kepada orang ramai di seluruh dunia sejak 8 Januari lalu, hanya 10 atlet sahaja melangkah masuk ke peringkat terakhir undian tersebut yang bermula pada 21 Januari lalu.

Sementara itu, bekas ratu skuasy itu turut berkata bahawa pencapaian terbaharu tersebut adalah sesuatu yang beliau akan hargai selama-lamanya.

“Ia adalah satu penghormatan buat diri saya apabila dicalonkan untuk anugerah ini dan menerima sokongan yang tidak berbelah bahagi daripada rakyat Malaysia serta komuniti skuasy.

Saya agak terkejut apabila melihat diri sendiri disenaraikan bersama atlet terkemuka dunia yang lain. Saya bersyukur untuk anugerah ini. Semoga kejayaan ini dapat meningkatkan perhatian dunia terhadap sukan skuasy.

Sumber: World Squash

Ia merupakan saat yang membanggakan untuk mewakili negara saya dan Asia,” ujarnya.

Kami ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah kepada Nicol atas kejayaan beliau memenangi anugerah ini. Semoga kejayaan ini akan memberi inspirasi kepada semua rakyat Malaysia untuk mengharumkan nama negara di peringkat antarabangsa.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca