Teruja Mahu Raikan Krismas, Gadis Ini Ke Sekolah Dengan Gaya Rambut Pokok Konifer

Baru-baru ini, seorang murid diarahkan pulang oleh guru sekolahnya kerana gaya rambutnya yang seakan pokok krismas.

Poppy Leigh yang berusia 13 tahun ternyata berhajat untuk meraikan perayaan Krismas pada minggu-minggu terakhirnya di sekolah.

Apa yang memeranjatkan adalah apabila pihak sekolah memberikan dua kata putus kepada pelajar berkenaan sama ada menanggalkan dekorasi lampu pada rambut atau pulang ke rumah.

Penulis juga berasa kaget. Bagaimana rambut manusia yang beralun dan licin terurai boleh berdiri tegak dan menjadi tinggi seperti itu?

Ternyata, gaya rambut pokok krismas itu dibuat dengan membalut seluruh rambutnya pada sebuah botol air kosong.

Setelah mengetahui respons yang dikeluarkan oleh pihak sekolah, ibu kepada Poppy bersuara seraya berkata “Saya sangat kesal. Ia hanya sekadar suka-suka dan keceriaan Krismas sebelum bercuti.”

Jelasnya lagi, “Dia hanya mahu suasana yang lebih menyeronokkan. Poppy sentiasa melakukan pelbagai gaya rambut.”

Tidak hanya itu, Pengetua sekolah, Keven Green turut menyatakan bahawa gaya rambut yang dibuat oleh pelajarnya memang kelihatan kreatif, namun ia tidak bersesuaian untuk digayakan ketika berada di sekolah.

Apa-apa pun, penulis kagum akan keberanian Poppy yang menggayakan rambut seperti itu untuk ditonjolkan kepada rakan-rakannya.

Untuk membaca artikel berkaitan, sila klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca