Search
Close this search box.

Teruja Kongsi Kisah Cinta Di Instagram, Pelakon Cilik Ini Dikecam Warganet

Baru-baru ini, seorang pelakon cilik, Duerra Mitilda telah memuat naik sebuah posting yang mendedahkan hubungan cintanya bersama pelakon Hezriq Shah.

Jelas kanak-kanak itu, hubungan cinta antara mereka berdua telah pun memperoleh restu keluarga.

Perkongsian ini secara tidak langsung mengundang kecaman warganet. Rata-rata mereka berpendapat bahawa Mitilda yang kini berusia 10 tahun dan Hezriq, 13 masih terlalu muda untuk menjalinkan hubungan.

Susulan daripada itu, bapa kepada Mitilda enggan memanjangkan isu berkenaan memandangkan ia merupakan hal peribadi anaknya.

Jelasnya sewaktu dihubungi pihak mStar, “Saya dan isteri yang menjaga dan menguruskan Mitilda. Maka, saya rasa isu ini tidak perlu diperpanjangkan.”

“Pada saya, biarlah warganet buat andaian atau spekulasi mengenai perkara ini. Jika mereka melihat secara baik, maka baiklah begitu dan sebaliknya.”

Bapa kepada pelakon cilik ini turut menjelaskan bahawa perkara tersebut merupakan hal peribadi anak dan urusan keluarganya.

Maka, dia berharap agar semua warganet boleh mendoakan mereka dengan perkara baik-baik sahaja.

Bukan itu sahaja, pihak keluarga Mitilda turut menyatakan bahawa mereka mendidik kanak-kanak itu agar tidak berahsia dengan orang tuanya.

Ujarnya lagi, “Kami bentuk kepercayaan dan kejujuran agar mereka tidak memberontak dan membuat perkara yang tidak betul di belakang kami.”

Maka, hentikanlah perbuatan mengecam atau pun mengkritik tindakan seseorang. Pada penulis, ia merupakan hak dan juga peribadi seseorang, lebih-lebih lagi telah menerima pengawasan daripada pihak keluarga.

Apa-apa pun, semoga sahaja kedua-dua pelakon cilik ini sentiasa sihat sejahtera dan dimurahkan rezeki.

Untuk membaca artikel berkaitan dengan percintaan, sila klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca